Trailer tersebut memaparkan jalan cerita tentang Tommy yang menyertai keluarga mafia Salieri.
Pada asalnya, Mafia Definitive Edition dijadualkan akan dikeluarkan pada 28 Ogos. Tapi telah ditunda kerana wabak pandemik COVID-19. Versi remake Mafia 1 ini sekarang akan dikeluarkan pada 25 September dan akan hadir ke platform PS4, Xbox One dan PC.
Mafia 2 dan Mafia 3 juga akan dinaik-taraf ke Definitive Edition. Akan ada juga Mafia: Trilogy Collection yang boleh dibeli untuk pemain baru yang berminat untuk mencuba siri ini buat kali pertama.
Jika korang sudah ada game Mafia 2 dan Mafia 3 di Steam, secara automatik akan dinaik-tarafkan ke Definitive Edition secara percuma. Jika di konsol PS4 dan Xbox One, hanya Mafia 3 akan diberikan naik taraf.
Comments
Loading…