in , , , , ,

Tonton Trailer Gameplay XIII Remake Yang Akan Dikeluarkan Pada 10 November

Kembali beraksi dalam dunia pengintipan yang berbahaya dan mencari jawapan tentang identiti sendiri bersama dengan XIII.

XIII remake yang dibangunkan oleh PlayMagic akan dikeluarkan pada 10 November 2020 untuk platform PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch. Game ini berdasarkan kepada versi asal dari Ubisoft yang telah dikeluarkan pada tahun 2003 yang diadaptasi dari komik Belgium.

Satu gambar juga mendedahkan versi fizikal edisi terhad untuk XIII. Ia memaparkan bekas keluli, kad-kad illustrasi dan pek skin senjata ‘Golden XIII’. Versi fizikal edisi terhad tidak hanya boleh didapati untuk platform konsol, tetapi juga untuk PC.

XIII dulu pernah memperkenalkan grafik cel-shading yang berjaya memberikan inspirasi kepada game seperti Borderlands, Okami dan Prince of Persia untuk mengikut jejak langkah yang sama. Memandangkan versi remake kali ini tidak dibangunkan oleh Ubisoft, ia agak menarik untuk melihat apakah kelainan yang akan dibawakan oleh studio baru ini.

Sumber: PC GamerΒ 

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Wasteland 3: Pilih Pihak Mana Yang Korang Sokong Di Dunia Pasca-Apokaliptik Colorado

Gran Turismo 7 Diumumkan Untuk PS5, Saksikan Gameplay Trailer Pertama Ini