in , , , , ,

Tonton Kesemua Trailer Dalam Sidang Media PlayStation Di E3 2017!

Setiap tahun, pentas Sony di E3 2017 sentiasa menjadi antara tarikan utama dalam acara tahunan industri gaming itu. Setelah menyajikan sebuah persembahan yang cukup menakjubkan pada tahun lalu, bagaimana pula dengan tahun ini? Jom kita tengok semua trailer yang diperlihatkan di pentas Sony E3 2017.

Sebagai pemanas badan kepada persidangan Sony di E3 2017, sebuah trailer pendek iklan mengenai PS Vue menjadi pembuka kepada persidangan Sony hari ini.

Sony memulakan persidangan ‘main course’ mereka dengan pemukulan irama tabla dan sitar. Dengan pertunjukan irama air terjun yang memang cantik mengikut irama dan terus menunjukkan kepada footage Chloe dan Nadine mencari harta karun di India di dalam Uncharted: The Lost Legacy.

Baca lebih tentang Uncharted: The Lost Legacy di sini.

Sebuah pemandangan yang menunjukkan kawasan meka-jurasic dan kemudian berpaling kepada arah Aloy berpakaian sejuk futuristik. Horizon Zero Dawn akan mendapat DLC baru Bertajuk The Frozen Wilds, boleh di baca di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=J5xsS1WZA54

Akhirnya kita dapat melihat Days Gone dengan lebih terperinci dengan mechanism gameplay tersebut. Terkejut apabila melihat manusia-manusia menggelupur di atas pentas E3 seperti mayat yang diikat di dalam game tersebut.

Berita lanjut tentang Days Gone boleh dibaca di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=ZQj5s7k3GxU&

Shawn Layden keluar untuk memberi beberapa patah kata semangat dan apa yang mereka telah usahakan untuk E3 hari ini, dengan amat mengejutkannya kita dapat melihat gameplay Monster Hunter World buat kali pertama. Terlalu gempak sampai ada mercun merlit-merlit di pentas E3 tersebut.

Baca lebih tentang Monster Hunter World di sini.

Berlari-lari dan mengalahkan beast gagah di dalam Shadow Of The Colossus remake untuk PS4. Nostalgia sekali apabila dapat melihat game yang zaman dulu kala kembali dengan grafik yang indah. Baca lebih tentang Shadow of the Colossus di sini.

Berlawan di dalam angkasa dengan karakter-karakter Capcom dan Marvel. Karakter-karakter baru juga diperkenalkan dengan story trailer kali ini. Dapatkan Story Demo Marvel vs Capcom: Infinite hari ini juga untuk merasa ke-awesome-an nya di sini!

Boom, bunyi ledakan dan meriam, selamatkan diri anda dan berlawan di dalam Perang Dunia Kedia dalam Call of Duty: WWII yang akan datang pada November 3 2017. Baca selebihnya di sini.

Beralih kepada game PSVR, dengan bunyi orkestra epik yang amat familiar di telinga kita. Berlawan dan survive di dalam dunia mistik RPG first-person dalam Skyrim VR sambil slaying dragons! Lebih maklumat tentang Skyrim VE boleh dibaca di sini.

Lain daripada yang lain, sebuah game VR yang dimainkan secara 3rd-person view sebagai seorang perempuan berambut pink melindungi diri dari robot robot. StarChild, sebuah game sci-fi style side-scroller. Lebih tentang game ini di sini!

Dalam suasana 50-an, seorang doktor sedang bersembang dengan anda dan kedengaran bisikan suara seorang perempan memberitahu ini hanyalah mimpi. Selamat datang ke Sanitarium Blackwood. Baca selebihnya di sini.

Ingat lagi PSVR versi Prompto dalam Final Fantasy XV? Anda juga dapat memancing ikan dalam Monster Of The Deep: Final Fantasy, ada lagi ke fishing simulator VR yang hebat macam ini setakat ini? Baca selebih tentang game ini di sini.

Dalam suasana yang tegang, anda sebagai seorang askar berkerjasama dengan pasukan untuk menyelamat kan diri anda di dalam game Bravo Team selepas melakukan sebuah kecuaian yang tidak dapat di maafkan. Baca selebih di sini.

Masuk dunia yang penuh dengan keindahan flora dan fauna mengikuti seekor tikus yang comel dalam action-puzzle game VR berjudul Moss. Melawan kejahatan yang terungkai dari sebuah batu misteri. Baca selebih tentang Moss di sini!

Sampai situ sahaja showcase game PSVR. Kembali ke game yang kita tertunggu-tunggu, kisah bapa dan anak yang menjadi highlight ketika E3 2016, kini kita dapat lihat gameplay Kratos dan anak lelakinya Arteus menjelahi dunia bermitos Viking. Comel aja tengok anaknya didukung Kratos memanjat batu-batu. Gila gempak babak Hydra yang besar sebesar-besar alam bertemu dengan Kratos. Till Valhalla! Baca selebihnya di sini.

Seorang lelaki yang mempunyai sepasang gegelang menyala di tepi kepala berjalan dan menyanyi di bandar Detroit. Dunia yang kini mengharapkan android yang sekarang memberontak dengan manusia menghambakan mereka dan mencari kebebasan untuk spesis mereka. Hidup mereka berada dalam tangan anda. Baca selebihnya tentang Detroit: Become Human di sini.

Tower telah diceroboh oleh kapal-kapal kebal Cabal. Cabal Red Legion telah menyerang tempat terselamat dan rumah bagi Guardians. Destiny 2 mengenalkan barangan eksklusif PS4 serta tarikh pengumuman baru dan tarikh beta. Baca selebih tentang pengumumman Destiny 2 di sini.

Di bandar New York penuh dengan pencakar langit, kita dapat melihat Spiderman beraksi dengan gameplay terbaru yang tidak pernah dilihat sekali. Akhirnya Marvel’s Spiderman akan berada di PS4. Baca selebihnya di sini.

Setelah sejam menatap Sony E3, sebuah trailer kompilasi kesemua mengimbas kembali. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih tentang game-game yang disebut di Sony E3 2017 ini bolehlah usha di jadual bawah tersebut.

Apa pandangan korang terhadap persidangan Sony E3 2017 kali ini? Ramai yang kecewa tidak dapat melihat Red Dead Redemption 2 dan The Last of Us Part II kali ini, tapi mungkin akan ada pengumuman yang lebih gempak selepas ini? Komenkan pandangan anda di bawah!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Naughty Dog Sebenarnya Sudah Beri Petunjuk The Last of Us 2 Pada September Lalu

Mana Trailer The Last of Us Part II Di E3 2017 Korang Tanya? Naughty Dog Berikan Penjelasan

Ketua Xbox, Phil Spencer Menjelaskan Lebih Lanjut Kenapa Scalebound Dibatalkan