Gameplay trailer Chorus itu telah dibawakan oleh Deep Silver semasa Gamescom 2020 Opening Night Live.
Dalam Chorus, pemain akan mengawal juruterbang Nara dan juga jet pejuang iaitu Forsaken dalam menentang The Circle. Kumpulan sama yang telah mengajar Nara menjadi seorang juruterbang yang digeruni.
Chorus sememangnya akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada konsol PS5 dan Xbox One X. Ia akan menampilkan visual 4K ray-tracing dengan framerate pada tahap 60. Pemain akan bertempur di kawasan angkasa yang luas, melakukan barrel rolls dan juga melakukan teleportasi untuk mengelak serangan musuh.
Chorus akan hadir ke PC dan juga konsol generasi seterusnya pada tahun 2021.
Comments
Loading…