Video gameplay terbaru itu dipaparkan semasa pengarah Ash Ismail duduk bersama dengan IGN untuk menunjukkan side quest.

Nama misi sampingan itu ialah What’s Yours is Mine. Walaupun durasi video itu sangat panjang, ia masih tidak memaparkan keseluruhan misi tersebut. Ismail mengatakan misi-misi side quest selalunya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dan pemain akan bergerak ke beberapa kawasan berbeza. Dalam misi itu, Bayek menjejaki pencuri dan pencariannya lebih dari apa yang dia cari.

Beliau juga berkata Origins tidak akan menyekat pergerakan pemain ke beberapa kawasan spesifik semasa pemain sedang menyelesaikan misi sampingan. Sebagai contoh, jika pemain terjumpa sasaran dari misi yang lain sedang pemain cuba menyelesaikan misi semasa, pemain masih boleh membunuh sasaran tanpa menjejaskan perjalanan misi semasa.

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Assassin’s Creed Origins Dijangka Akan Terjual Lebih Baik Daripada Syndicate, Tapi Kurang Daripada Unity Dan Black Flag

JomKomen!