Perancangan Netflix untuk membawakan lebih banyak siri anime ke platform itu nampaknya semakin lama semakin rancak.
Terkini, Netflix bakal mengadaptasi salah satu francais game paling popular milik Square Enix iaitu Tomb Raider kepada sebuah siri anime, lapor The Hollywood Reporter.
Siri ini akan menggunakan waktu selepas trilogi game Tomb Raider yang dibangunkan oleh Crystal Dynamics and Eidos Montréal. Game pertama dari trilogi ini dilancarkan pada 2013, diikuti Rise of the Tomb Raider (2015) dan diakhiri dengan Shadow of the Tomb (2018).
Harus diingat, siri anime ini kelak tidak akan berkait dengan filem-filem yang masih lagi berjalan yang dibintangi Alicia Vikander itu.
Produksi siri anime Tomb Raider ini akan diketuai oleh Tasha Huo sebagai penulis dan penerbit eksekutif. Beliau turut terlibat dalam produksi The Witcher: Blood Origin, juga terbitan Netflix, iaitu berlatarbelakangkan 1,200 tahun sebelum Geralt of Rivia.
Comments
Loading…