in

Tomb Raider 3 Fan-Remake Ini Hidupkan Semula Lara Croft Dengan Sangat Cantik

Sebuah model 3D Lara Croft dihasilkan untuk game Tomb Raider 3 versi remake dari peminat yang akan dikuasakan oleh Unity Engine, The Adventure of Lara Croft. Namun selepas mendapat kritikan, pasukan Heckler memutuskan untuk mengemaskini model tersebut.

Gameplay The Adventure of Lara Croft mengambil inspirasi dari game seperti Assassin’s Creed, siri Jak and Dexter, Inside, Prince of Persia, Enslaved dan The Last of Us.

Dalam versi remake ini, Lara akan menjadi seorang yang lebih tangkas dan berkemahiran dalam pertempuran jarak dekat dan jauh. Lara boleh memanjat bangunan, cenuram dan pokok. Dia juga boleh menggunakan zipline dan menembak secara serentak serta wallrun.

Lara juga mempunyai pelbagai jenis pergerakan termasuklah kawalan permukaan cerun, penggunaan tali, 3 jenis selaman yang berbeza, kawalan klasik untuk berenang, stealth dan pengayunan pada tiang.

Game itu juga akan menampilkan beberapa jenis kenderaan seperti quad-bike, sport-bike, UPV, kayak, snowboard, jetski dan kuda. Musuh dan NPC akan menjadi lebih bijak. Musuh boleh kehabisan peluru, berlindung di belakang objek, berlawan seperti Lara dan boleh terkena perangkap.

Pasukan itu bercadang untuk mengeluarkan demo untuk versi fan remake Tomb Raider 3 pada 14 Februari.

Sumber: DSOGaming

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: Pocket Edition Akan Hadir Pada Minggu Hadapan

EA Sahkan Battlefield Baru Akan Keluar Pada Oktober Ini, Anthem Secara Rasminya Ditunda