in , , ,

Tom Holland Acah-Acah Menunjukkan Menu Utama Uncharted: The Nathan Drake Collection Di Instagram

Nampaknya Tom Holland sudah mula menelaah siri Uncharted.

Sebelum ini, JomGaming pernah melaporkan bahawa Tom Holland memegang teraju utama dalam filem Uncharted sebagai Nathan Drake versi muda.

Bintang Spider-Man akan datang dalam Avengers: Infinity War itu telah memuatnaik satu video di dalam story Instagram yang kini sudah tiada dengan kapsyen bertulis “For research purposes” (Untuk tujuan kajian) dan ini mungkin berkaitan dengan filem Uncharted yang bakal diarahkan oleh Shawn Levy dan ditulis oleh Joe Carnahan.

Namun, video story ini sempat dirakam oleh Cade Onder di laman Twitter.

Pengarah Shawn Levy pernah memberitahu kepada media bahawa beliau mahu menyampaikan filem Uncharted mengikut gaya filem Indiana Jones dan jadikan Nathan Drake sebagai ikon bagi mereka yang tidak sempat membesar dengan hero filem Indiana Jones.

Filem Uncharted akan fokus kepada perjumpaan pertama Nathan Drake muda bersama-sama Sully dan membawa pengembaraan ke tahap seterusnya yang tidak pernah ditonjolkan dalam siri game Uncharted dibangunkan oleh Naughty Dog.

Setakat ini, tiada lagi berita tarikh bermula produksi Uncharted dan juga tarikh tayangan rasmi bagi filem ini. Kalau Holland sudah beriya-iya mahu jadi Nathan Drake, mungkin tahun hadapan bermula produksi filem Uncharted?

Kita tunggu…

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ashly Burch Dan Hannah Telle Kembali Sebagai Max Dan Chloe Untuk Episod Bonus Life is Strange: Before The Storm

Tencent Umumkan 2 Game PlayerUnknown’s Battlegrounds Versi Mobile, Saksikan Kedua-dua Trailer Cinematic Ini