The Division 2 (TD2) sebuah game online open-world looter-cover shooter, sekuel kepada The Division (TD1), di mana kali ini, Washington DC pula diserang oleh Dollar Flu selepas 7 bulan kejadian dari siri pertama.

Selamat Datang Ke Washington DC

TD2 yang dibangunkan oleh Massive Studio dan Ubisoft, dilancarkan pada 15 Mac 2019 membawakan action rpg shooter ini sesuai untuk mereka yang suka variasi dan kombat taktikal yang memerlukan reaksi yang peka dan laju.

Pemain dikenali sebagai Agent yang mewakili Strategic Homeland Division (SHD atau disebut ‘shade’) dalam misi mengambil kembali Washington DC yang telah jatuh ke tangan faction musuh seperti True Sons dan Black Tusk ketika Amerika sedang darurat.

Jalan cerita TD2 memang ringkas dan lurus dengan menghabiskan main mission, yang mengisahkan virus GreenPoison berluasa di Washington sehingga kerajaan menjadi rapuh.

Ramai pemain lama masih ingin mengetahui tentang Aaron Keener, antagonis pertama dari TD1 jika beliau adalah antara penyebab virus itu dibawa dari New York sehingga ke Washington DC. Jalan penceritaannya tidaklah begitu menakjubkan atau memberi impak yang mendalam.

Walaupun jalan ceritanya ringkas, dialog-dialog serta playback echo (collectibles) sering membuat pemain ternganga, terkejut atau sedih. Pernah sekali, sedang rileks di base, terdengar perbualan dua budak tadika sambil main warna-warna yang dia menunggu mak dia kembali. Rakannya menjawab tak akan ada mak sesiapa sini akan kembali dan terimalah yang sesiapa ada di base itu adalah keluarga baru sekarang.

Ada juga dialog dan playback echo yang agak ekstrem seperti pembunuhan secara ngeri dan perbualan telefon budak-budak yang tidak bersalah ditembak.

Gameplay & Skil Semasa Kombat

Mengambil cover sambil reload

Sebagai game cover shooter, mengambil cover sambil menembak adalah elemen paling penting dalam game ini. Kalau anda rasa anda hebat untuk rambo, cubalah try test tengok lama tak hidup tembak musuh tanpa mengambil cover.

Memang bunyinya bosan dan lembab sebab harus sentiasa bersembunyi dari pihak musuh tetapi sistem ‘cover’ di dalam TD2 agak terperinci. Kalau ada lubang kecil antara ruang sembunyi pun boleh ditembak. Kalau sembunyi belakang kereta, hati hati jangan kaki kene tembak pulak dari bawah kereta!

Dengan penambahan skill, ia membuat situasi di dalam cover lebih taktikal. Kadang-kadang musuh akan membaling bom di mana Agent terpaksa lari ke kawasan yang tidak terkena tetapi ada sahaja batu kecil atau sedikit bucu yang membuat susah nak golek keluar ke cover yang lebih selamat.

Musuh AI juga agak bijak, sehingga sanggup pusing setengah bandar semata-mata nak flank pasukan Agent Division. Kalau tak flank, ada juga AI musuh yang camping di belakang menggunakan dron untuk merawat bosnya. #MaluApaBossKu

Menghadapi misi pertama, mengambi alih White House.

Bermula dari level 1 di settlement utama iaitu White House; base permulaan bagi Agent sebelum mengambil kembali settlement lain untuk menguatkan kembali pengaruh sehingga ke level 30.

Settlement upgrade pertama.
Settlement upgrade kedua.

Kita boleh nampak apabila semakin kuat mengambil kembali beberapa tempat penting, makin ramai ‘ally’ NPC random di tengah jalan berkonvoi untuk mencari barang keperluan serta mengawal keselamatan tempat tersebut. Kalau Agent diserang oleh musuh AI, Agent boleh memanggil NPC dari settlement tersebut untuk menolong.

Pada Level 20, Agent akan mendapat menggunakan 2 set skil pada waktu yang sama daripada 8 jenis skill yang diberi. Setiap skill mepunyai sub-set tersendiri yang boleh ditukar pada bila-bila waktu. Sayangnya, ada beberapa skil set yang tak sehebat ataupun hampir tak berguna seperti ‘pulse’ yang mempunyai AoE yang kecil serta stat bonus yang mengecewakan dibandingkan dari TD1. Penambahan skil baru seperti Hive dan Drone amat berguna ketika kombat tetapi masih tak ada skill untuk ‘menjejak’ musuh secara efisyen.

8 jenis skill untuk digunakan.

Selepas level 30, Agent akan mengejar pula gear score armor dengan memasuki world tier yang lebih tinggi dan bahaya (Tier 4 buat masa kini pada score 450) memberi loot lebih kuat.

Specialization skill juga akan unlock bersama-sama dengan signature weapon. Tak banyak game shooter yang boleh membawa 4 slot weapon sekali jalan, dari primary, secondary, pistol dan signature weapon.

Grafik, UI dan Audio

Peta TD2 amat besar dan terperinci. Kalau nak unlock point safe house baru, memang tak banyak seperti dahulu tetapi disebabkan lagi banyak control point serta settlements yang boleh fast travel ke sana.

Setiap misi, tidak kisah main atau side, tempatnya mempunyai aura berlainan dan amatlah immersive. Perincian di dalam setiap bangunan memang terperinci dan spesifik pada tempat tersebut. Tak sangka masuk muzium ada bahagian ‘Vietnam War’ — fuh, waktu itu memang tak rasa macam di Washington kejap selama 2 minit.

Ada sekali, bertempur di tempat yang disangka contoh dalam kelab siap boleh bertembak sambil ber-emote (belakang cover).

Ada sesekali bunyi tembakan tidak keluar untuk beberapa saat kemudian sambung balik. Audio dan visual dari segi bunyi weapon, muzik latar ditemani letupan ketika berlawan musuh membawa aura seperti Jack Bauer dalam siri 24.

UI lebih kemas dan senang untuk digunakan. Pelbagai shortcut juga telah menyenangkan segala project bounties untuk di-‘claim’ dari harus pergi berjumpa NPC di base. Hanya satu sahaja masalah UI yang memang leceh untuk invite kawan. Semua kawan yang online ditunjukkan di skrin termasuklah yang tak main TD2 bercampur aduk dengan kawan sedang main game ini. Kalau nak scroll senarai cari member nak join sesi mau jenuh lenguh jari.

“Wah Sayang, tengok, hujan lah”.

Grafik, cuaca yang dinamik serta pencahayaan dari engin Snowdrop ini membuat suasana game ini kelihatan dramatik selalu. Tetapi untuk di PS4 Pro penulis, kadang-kadang render grafik memakan masa beberapa saat dan sering kali kipas ps4 bunyi kuat seperti air force one sedang ram minyak.

Rambut Otis tidak sempat render sebelum memulakan dialog membuatkan dreadlocks nampak lutsinar

Gear dan Senjata Lebih Terperinci

Sekarang tidak perlu lagi memakai set dan gear untuk mendapatkan ‘talent’ unlock seperti di dalam (TD1) mengikutkan total score gear. Terdapat 18 gear set ‘brand’ buat masa sekarang yang boleh dipakai bercampuk aduk asalkan stats sesuai dengan kegunaan Agent tersendiri tetapi semestinya memakai set yang sama akan unlock perks yang lebih tinggi.

Apabila mencecah level 30, Agent dapat menggunakan ‘signature weapon’ dari Specialization Skill di mana akan unlock slot senjata ke-4. Terdapat 3 specialization; Sharpshooter (Sniper), Survivalist (Crossbow) dan Demolitionist (Grenade Launcher). Berbeza dari TD1, Agent hanya boleh memakai satu senjata Exotic pada waktu yang sama (seperti game Destiny).

Senjata boleh memasang mod dan dye (kecuali signature weapon) untuk membuatkan ia lebih sesuai digunakan dalam situasi kombat mengikut citarasa Agent. Kalau rasa perk dia tak sedap, boleh recalibrate senjata semula di settlement untuk mendapatkan perk talent yang lebih sesuai.

Blueprint dan crafting kini lebih ringkas dan senang. Jika dah ada blueprint senjata/armor/mod tersebut, tidak perlu untuk craft lebih dari 1 dan boleh dipakai setiap senjata. Bila nak dismantle/jual weapon, jangan risau kalau terjual sekali mod tersebut.

Grind dan Aktiviti

Dunia TD2 menolak teori bumi leper tetapi mengatakan dunia ini adalah cengkerang kura-kura.

Game open-world ini tidak pernah sunyi, ada sahaja aktiviti yang nak dibuat selain main/side mission dan stronghold. Menghabiskan bounty mingguan memberi loot yang banyak dan setimpal dengan kesusahan yang diberi.

Terdapat akiviti publik kecil berlaku di seluruh peta seperti mengambil alih control point musuh dan membuat ia menjadi tempat tawanan sendiri, selamatkan orang awam dari dibunuh, hentikan penyiaran propaganda musuh, secure supply drop dan macam-macam lagi.

Belon merah dalam…. sewer? Erm…

Banyak collectibles seperti echo, panggilan telefon, artifak, SHD, keychain bagpack, SHD tech dan bermacam lagi boleh dikutip sambil berjalan. Penulis dari TD1 suka mengambil gambar grafiti di dinding yang mempunyai mesej rahsia (dan secret emote summon), ada sesetangah itu betul-betul lawa dan ada yang amatlah meme-related. Ada juga secret puzzle dan aktiviti mini tersembunyi yang boleh di-trigger di keliling peta.

Bila masuk Roosevelt Island terasa macam masuk Jurassic Park, tetiba jumpa pula easter egg dalam filem tersebut! Sambil mencari itu jangan lupa untuk membuka mata mencari easter egg dan juga, eherm, secret hotel. Penulis amat terhibur dengan easter egg ber-aroma pop culture diolah kembali di dalam dunia pasca bencana. Untuk tengok kesemua lokasi colletible di sini.

Collectible di Downtown Ease.

Kebanyakan grind adalah untuk menaikkan gear score, barangan untuk craft ataupun mengekalkan keutuhan setlement, dimana ia senang untuk dicari dipersekeliling. Barang barang tersebut juga boleh diperolehi ketika bermain misi.

Samun dan Ketamakan – Sistem baru Rogue Dark Zone

Dark Zone (DZ) adalah kawasan PvEvP — juga merupakan antara mode dominasi di dalam game ini. Di dalam DZ, Agent akan bertembung dengan AI faction musuh serta pemain lain untuk berebut barangan terbaik di dalam DZ. DZ mempunyai level sendiri menunjukkan kehebatan seorang Agent survive di dalam mode ini.

Mekanik DZ kini dipelbagaikan lagi dibandingkan dengan TD1 yang lebih senang untuk pemain kasual. Bagi Agent yang hardcore bolehlah layan DZ yang di-‘invaded’ oleh Black Tusk di mana gear score serta friendly fire aktif.

Menjadi Rogue adalah antara ‘thrill’ yang paling menyeramkan atau paling memuaskan di dalam TD2. Takut kena kitai nak menjadi Rogue? Sekarang boleh tembak terhadap faction musuh dan beberapa interaksi di dalam DZ untuk trigger-kan status Rogue. Tetapi ingat ia juga membolehkan pemain lain mencari anda. Sekurang-kurangnya, Agent tak payah bertarung nyawa menyamun Agent lain di dalam sesi tersebut untuk mendapatkan status Rogue bukan?

Mayat manusia yang dijumpai dalam DZ.

Sistem Rogue kini mempunyai 3 tier bermula dari Rogue, Disavowed Rogue dan akhirnya Manhunt dengan menjadi seorang yang ‘tamak’. Lakukan aktiviti ‘Theft & Greed’ seperti membunuh Agent, curi barangan yang sedang di-extract oleh pemain lain atau membuka Supply Cache.

Membuat aktiviti Theft & Greed secukupnya akan trigger pembukaan ‘Thieves Den’. Terdapat 3 Thieves di setiap DZ, di mana ada seroang NPC akan memberi loot yang enak dengan membawa barangan yang diminta.

Conflict Mode – PvP 4v4 Yang Ringkas Dan Tangkas

Conflict mempunyai 2 mode pvp tertutup buat masa sekarang iaitu Skirmish dan Domination. Skirmish dimainkan dengan membunuh pihak lawan sebanyak 16 kali terdahulu akan menang. Domination pula dimain dengan mengawal 3 control point, mati hidup tak berapa dikira janji dapat memegang point tersebut.

Cara bermain antara dua mode ini amat berbeza, dari jenis gunplay dan skill set digunakan untuk menyuaikan lagi dengan cara kombat. Skirmish lebih kepada taktik ‘plz jgn mati’ manakala Domination pula ‘kau ambik je point, mati takpe aku cover, janji capture’.

Disebabkan soal hidup dan mati di dalam Domination kurang penting, ini membuatkan Agent menggunakan taktik yang lebih offensive kerana bila respawn, ammo dan skill cooldown akan refill balik. Berbeza dari Skirmish, menggunakan set skill yang boleh menjaminkan jangka hayat yang lebih panjang seperti healing dan reviver untuk elak diri dari mati.

Setelah machmaking, pemain boleh vote untuk jenis dan map yang diberi.

Conflict mempunyai level tersendiri, Buat masa sekarang hanya ada 2 mode bersama 2 map PvP yang mempunyai ‘normalization’. Tiada lagi mode pvp yang mempunyai ranking kompetitif melainkan level Conflict Agent. Setiap kali menghabiskan Conflict akan memberi cache sebagai participation reward/loot.

Loading Time, Matchmaking dan Keselesaan Bermain

Dibandingkan dari hari pertama pelancaran, banyak bug dan perkara menjengkelkan yang mengganggu gameplay diperbetulkan kepada hampir tiada ketika sedang main. Tambahan pula apabila matchmaking laju dan boleh diharapkan, lebih cepat untuk menyiapkan misi bersama Agent lain. Sedikit lag dan frame rate drop akan berlaku jika ada member dari region jauh memasuki sesi anda di dalam misi.

Masuk mission menggunakan matchmaking.

Hampir kesemua aktiviti mempunyai matchmaking dan loading time yang laju termasuk fast travel ke member. Apabila join member di dalam sesi mereka, level Agent akan dilaraskan (adjust) kepada sesi Agent yang dimasuki supaya kepayahan menjadi balance seluruh pasukan.

Bersatu Teguh Bersama Ahli Clan

Dengan adanya sistem clan, lebih menyenangkan Agent untuk berkumpul sekali. Terdapat Clan Hub yang berada di dalam White House di mana Agent dan ahli clan yang sama boleh melepak di dalam bilik yang sama atau tunggu sebelum memulakan raid 8 orang yang akan ada nanti.

Akan Datang – Raid & Tier 5

Masih baru kurang dari sebulan, kebanyakan Agent masih di kepayahan Tier 3-4 dan menunggu masa Ubisoft membuka Tier 5 untuk mengambil semula settlement dari jajahan faction musuh sambil menaikkan lagi score mereka.

Kini, gear score dihadkan kepada 450 dan ramai lagi masih mengejar untuk level up sebelum Tier 5 dan bersedia untuk raid yang bersama 8 orang. Di khabarkan juga, raid ke-3 pada Januari 2020, Operation After Dark kemungkinan akan kembali ke New York.

Kesimpulan

Penulis tak sangka Ubisoft mampu melancarkan TD2 dengan baik walaupun terdapat bug sedikit sekali-sekala. TD2 tidaklah mempunyai X-factor yang ‘umph’ tetapi disebabkan kepelbagaian aktiviti serta server dan loading time yang padu membuat Agent terus melekat untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

Jalan cerita mungkinlah tak menarik dan sedikit bosan kerana straight-forward tetapi dialog, collectibles dan easter egg membuatkan game ini seronok untuk explore. Tambahan pula content tahun pertama adalah percuma, dan cukup isi kandungan yang mantap untuk 2 bulan seterusnya tanpa rasa misi terlalu repetitif.

Sememangnya game ini berjaya membuktikan kepaduan content dari private dan close beta setelah mengambil banyak feedback untuk membuat sekuel ini lebih mantap dan puas untuk dimainkan. Untuk lebih detail dan perbezaan dari beta bolehlah baca di artikel kami di sini.

+ Loading time dan matchmaking yang laju
+ TTK lebih efisen
+ Penambahan skills dan specialization
+ Pelbagai aktiviti kecil dan collectible di dalam peta
+ Kombat yang taktikal sentiasa thrill walaupung dibelakang cover
+ Grafik dan tema berlainan setiap misi
+ Dynamik cuaca dan pencahayaan yang ketara
+ Lebih dari 20 secret puzzle dan easter egg pop kultur untuk dicari
+ Penggunaan NPC yang lebih interaktif
+ 4 slot senjata. Gunplay dan skill build menarik
+ UI yang lebih kemas, simple dan efektif.
+ Dark Zone merupakan antara mode kompetetif
+ Normalisasi DZ lebih mesra kepada kasual dan Occupied DZ untuk ejen hardcore
+ Rogue mode PvE dengan AI di dalam DZ
+ Photomode dengan kamera yang flexible
+ Sistem Clan
+ PvP yang casual dan seronok

Tak rasa ada x-factor yang membuat rasa wow pada pandangan pertama
Memerlukan refleks dan kepekaan yang laju untuk survive terutama solo
UI untuk invite kawan leceh
Set Skill dari TD1 harus di-balance kan sedikit
Harus berada di belakang cover kebanyakan masa
Senang tersepit walaupun batu kecil nak roll keluar cover
Tiada Kompetitif PvP
Bug hilang bunyi tembakan sedikit
Render imej lama untuk jadi cantik
Kipas Ps4 macam nak meletup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.