in , , ,

Tom Clancy’s Elite Squad, Game Mobile RPG Dari Ubisoft, Sudah Boleh Pra-Daftar Di Android Dan iOS Sekarang

Masih ingat game mobile RPG dari dunia Tom Clancy’s yang diumumkan Ubisoft pada E3 2019? Ada perkembangan terbaharu.

Tom Clancy’s Elite Squad sudah boleh para pemain membuat pra-pendaftaran untuk iOS di sini, dan Android di sini. Berita ini diumumkan melalui satu trailer sinematik terbaharu yang dikeluarkan semasa acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi.

Tom Clancy’s Elite Squad adalah sebuah game mobile RPG yang mengumpulkan karakter-karakter ikonik Tom Clancy’s dari dunia Rainbow Six, Ghost Recon, The Division dan Splinter Cell. Pemain akan mengarahkan pertarungan 5v5, serta akan ada perlawanan antara pemain vs pemain dan guild vs guild.

Buat masa ini, Ubisoft masih belum umumkan bilakah game ini akan dilancarkan sepenuhnya.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Brawlhalla Akan Dilancarkan Ke Mobile Pada Ogos Ini, Menyokong Cross-Play Dengan Semua Platform

Brawlhalla Akan Dilancarkan Ke Mobile Pada Ogos Ini, Menyokong Cross-Play Dengan Semua Platform

Ubisoft Umumkan Secara Rasmi Hyper Scape - Battle Royale Futuristik Percuma Dengan 100 Pemain

Sesi Open Beta Hyper Scape Kini Boleh Dimainkan Di PC, Saksikan 2 Trailer Terbaru