in , ,

Tolong Hack Nintendo Switch, Kitorang Bayar Kalau Korang Berjaya – Kata Nintendo!

Jangan acah-acah “hack” Facebook member aje – nah ini cabaran sebenar kalau korang seorang hacker sejati!

Program Bug Bounty yang dilancarkan tahun lepas bagi Nintendo 3DS, telah menarik perhatian hacker-hacker sedunia dengan wang ganjaran USD20,000!

JomBaca: FIFA 18 Pertama Kalinya Diperlihatkan Dalam Iklan Terbaru Nintendo Switch

Kini, Nintendo telah melanjutkan tawaran yang dibuka di laman HackerOne tersebut bagi platform Nintendo Switch pula! Sebarang cubaan yang berjaya akan menerima dari minimum USD100 sehingga ke USD20,000!

Seperti dilaporkan oleh NintendoLife, tiga pengguna telah didaftarkan sebagai penerima ganjaran bagi maklumat mengenai vulnerability sistem 3DS – seterusnya sebuah hack yang menggunakan sound app 3DS telah dimatikan di dalam sebuah update baru-baru ini!

Nintendo berkata, ia berhasrat untuk “mewujudkan persekitaran yang selamat bagi pelanggan untuk menikmati game dan perkhidmatan Nintendo.”

Program Bug Bounty sebegini semakin menjadi kebiasaan bagi syarikat tech masakini yang mengupah pakar untuk mencari kelemahan di dalam sistem mereka. Korang berminat? Cubalah mendaftar ke laman HackerOne itu dan kasi Nintendo goyang!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

League of Legends: Pandang Pertama Hero-Hero Baru – Rakan Dan Xayah

Ini Adalah 4 Wakil Malaysia Yang Akan Pergi Ke PES League SEA Finals 2017 Di Bandung, Indonesia