in ,

TNB Bakal Memecahkan Monopoli TM Sebagai Pembekal Internet Di Malaysia? Ini Jawapan Menteri

TNB akan masuk gelanggang?

Tenagan Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini telah membatalkan kerjasama optik fiber mereka. Maka, ramai yang beranggapan bahawa TNB bakal menjadi pesaing baru kepada TM dalam membekalkan internet jalur lebar di Malaysia.

Menjawab soalan yang ditanyakan YB Khairy Jamaluddin dalam sidang Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengatakan mereka telah memulakan perbincangan dengan pihak TNB mengenai penglibatan TNB untuk menjadi pembekal jalur lebar. Kata beliau, TNB mengatakan yang mereka bersedia menggunakan infrastruktur optik fiber sedia ada yang dimiliki mereka di seluruh negara jika ingin menceburi bidang telekomunikasi.

Gobind menjelaskan yang sekiranya ada perjanjian antara antara TNB dan TM, ia akan mewujudkan satu gergasi monopoli, dan ia adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Tanpa perjanjian antara dua syarikat ini, mereka akan mempunyai kekuatan masing-masing dan bersaing antara satu sama lain, serta seterusnya akan memberikan manfaat kepada rakyat. Itu pendirian dan hala tuju kementerian ini, tegas beliau.

Walau bagaimanapun, Gobind menegaskan bahawa perbincangan antara beliau dan TNB hanyalah sekadar perbincangan dan sebarang keputusan yang bakal dibuat terletak di pihak TNB.

Sumber: Amanz.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hampir Separuh Daripada Game Di PS4 Sekarang Dibeli Melalui Digital

Khabar Angin: FIFA 19 Akan Bawakan Mode 5v5 Seperti FIFA Street, Ada “Last Player Standing”