Sejak beberapa lepas, komuniti gaming di Malaysia telah dikejutkan dengan satu tweet daripada akaun rasmi TM Unifi.
Ramai yang melaporkan bahawa sejak beberapa hari ini, mereka tidak dapat mengakses ke beberapa server game online, antaranya Rainbow Six Siege (Ubisoft), GTA V dan Red Redemption 2 (Rockstar) dan Fortnite (Epic Games).
Akaun Twitter rasmi TM Unifi (@helpmeunifi) telah menjawab salah satu daripada tweet rungutan daripada gamer ini dan menyatakan bahawa TM sedang menghalang akses kepada game-game yang memiliki unsur-unsur tidak baik seperti keganasan, perjudian dan scam dan lain-lain.
https://twitter.com/helpmeunifi/status/1225437531203760128?s=20
Pemerhatian JomGaming di Twitter menampakkan bukan semua pemain terkena dengan halangan ini. Ada yang terkesan, ada yang tidak; ada yang terkena di PS4, ada yang terkesan di PC, malah game mobile seperti Clash of Clans juga turut terkesan. Malah pihak Unifi juga mengesahkan secara spesifik bahawa laman Ubisoft kini berada dalam senarai pelanggaran penggunaan di TM.
https://twitter.com/safwan_muhd/status/1225728036424712192?s=20
https://twitter.com/safwan_muhd/status/1225729013479424000?s=20
Apa2 game under Ubisoft kena tahan.
Yes, termasuk Just Dance.— Marui (@amarol_idris) February 8, 2020
Rainbow six siege, uplay
unifi 😤😤— mr left (@apezzz_z) February 8, 2020
GTA5 PlayStation pun kena gak…
— Le Kamenique (@syafiqkamen) February 8, 2020
@Ubisoft @UbisoftSupport @Rainbow6Game @helpmeunifi @unifi right,now explain why the hell cant i connect to r6 server??this shitty provider tell us that ubisoft server has banned our provider from connect to server,and your shitty server has been piss me off these day ubisoft
— hashraph (@ahmdasyraf) February 6, 2020
Even Just Dance pun sangkut sebab tak leh access server…
— Le Kamenique (@syafiqkamen) February 8, 2020
Trials Fusion pun kena jugak bro 😞
— 𝕊𝕙𝕒⁷💜💜| 𝔽𝕒𝕚𝕣𝕪 𝕄𝕚𝕕𝕒𝕤🧚♂️ (@shaxarmyblink) February 8, 2020
https://twitter.com/Eirfan_H/status/1226022407162355712?s=20
On Unifi. Facing some huge spikes of lag in Granblue Fantasy: Versus.
— Mr Toffee, One Punch Siren Build (@MrToffee) February 8, 2020
Namun yang pasti setiap pemain yang terkesan ini menggunakan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) dari TM Unifi. Mereka yang menggunakan lain-lain ISP seperti TIME, Maxis dan lain-lain melaporkan tiada sebarang masalah untuk bermain game online.
Team JomGaming sendiri pada hari ini telahpun cuba bermain Rainbow Six Siege di Steam, GTA V di PS4, Fortnite di PS4 dan FIFA 20 di PS4; semuanya menggunakan TM Unifi — nampaknya tiada sebarang masalah. Kami boleh bermain seperti biasa tanpa sebarang sekatan akses.
Ini membuatkan kita semakin musykil apakah bentuk halangan akses ini sebenarnya? Pihak Unifi mengatakan laman Ubisoft berada dalam senarai halangan akses, tapi kami masih boleh bermain.
Ketika artikel ini ditulis, pihak Unifi, melalui akaun @unifi pula, telahpun mengeluarkan kenyataan terbaharu. TM mengatakan bahawa mereka telah menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan akses ke server Ubisoft. Mereka menjelaskan bahawa tiada sebarang sekatan ke atas akses ke server terbabit. Mereka dikatakan sedang menyiasat mengenai perkara ini bersama-sama Ubisoft dan akan berkongsi maklumat terkini.
Kami telah menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan akses ke server ubisoft. Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyekat akses ke server terbabit. Kami sedang menyiasat mengenai perkara ini bersama-sama ubisoft dan akan berkongsi maklumat terkini. pic.twitter.com/71ddlNYJVU
— unifi (@unifi) February 8, 2020
Ini telah menimbulkan satu lagi persoalan baharu apabila akaun @helpmeunifi sebelum ini mengatakan akaun Ubisoft telah berada dalam senarai pelanggaran tetapi kenyataan dari @unifi pula mengatakan sebaliknya. Bagaimana dua akaun ini berkomunikasi (kalau dua akaun ini dikendalikan oleh dua pihak berbeza)?
Kami akan mengikuti rapat perkembangan ini. Sebarang kenyataan terbaru dari pihak TM akan kami laporkan.
Comments
Loading…