in ,

TM Umum Plan Unifi Baru, 30Mbps Pada Harga Bawah RM100, Bakal Tiba Bulan Ini

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia (TM) pada hari ini, mereka telah mengumumkan satu plan Unifi baru yang akan dilancarkan pada bulan ini, lapor Lowyat.net.

Plan terbaru ini akan menawarkan kelajuan 30Mbps pada harga yang kurang daripada RM100. Selain perbezaan harga, plan baru ini akan menawarkan perkhidmatan jalur lebar sahaja, dan tidak menyertakan sekali perkhidmatan telefon dan unifi TV.

Pelanggan boleh melakukan pra-tempahan untuk plan baru ini bermula 15 Julai ini melalui laman web rasmi unifi. Lebih banyak maklumat akan dikongsikan TM dalam sidang media yang akan diadakan pada 12 Julan ini.

Amacam para gamers seantero alam? Adakah ini salah satu daripada langkah pertama untuk korang menikmati online gaming dengan lebih aman dan sentosa? Komen pandangan pertama korang terhadap pengumuman ini di bawah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mode Yang Ditunggu-Tunggu Dalam Fortnite, Playground, Akhirnya Dilancarkan Sepenuhnya

Muka Hadapan PES 2019 Telah Dimuktamadkan, Lihat Philippe Coutinho Dan Rakan-Rakan Barcelona!