in , , ,

TM Tawarkan Pakej Unifi 100Mbps Berharga RM129 Sebulan Kepada Pelanggan Baru

Selepas mengumumkan upgrade Turbo kepada pengguna Unifi terkini, TM mengumumkan pakej Upgrade bagi pelanggan baru pula!

Bagi korang yang masih berkira-kira untuk melanggan Unifi, nah, TM dah umumkan pakej baru bagi menarik pelanggan-pelanggan baru!

Seperti yang boleh korang lihat, pakej bernama Unifi Pro Plan ini menawarkan download speed 100Mbps, 50Mbps upload speed, panggilan suara 600 minit ke talian mudah-alih dan talian tetap serta , di samping tawaran biasa seperti pek TV Unifi dan akses playTV Unifi. Kesemua ini ditawarkan pada harga RM129 sebulan.

Harga ini semestinya jauh lebih murah berbanding pakej lama berharga RM329 sebulan bagi 100Mbps. Kehadiran ini bermakna, pelanggan-pelanggan baru boleh mula mendapatkan halaju Unifi Turbo lebih awal berbanding pelanggan-pelanggan sedia ada.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game GTFO Tampilkan Makhluk Bayangan, Yang Berkepala Tentakel, Yang Merangkak!

The Low Road: Boleh Beli or Boleh Blah!?