Respawn Entertainment pastinya sekarang sedang sibuk membangunkan Star Wars Jedi: Fallen Order — sebuah game yang tidak banyak lagi kita tahu tentangnya.

Di sebalik sedang fokus dengan projek mega mereka itu, Respawn nampaknya turut sedang membangunkan satu lagi francais ciptaan mereka, iaitu Titanfall. Melalui laman karier EA, Respawn kini sedang dalam proses mengambil pekerja/pembangun untuk beberapa posisi.

Daripada 24 jawatan kosong yang ditawarkan, 15 posisi adalah untuk Titanfall. Walaupun mereka tidak menyatakan secara spesifik yang “Titanfall 3” sedang dibangunkan, pastinya kita sudah boleh menjangkakan yang “Titanfall” yang dinyatakan adalah game seterusnya daripada francais ini.

Berita ini mungkin agak mengejutkan bagaimana EA tetap mahu meneruskan francais ini selepas Titanfall 2 tidak mendapat sambutan setelah melancarkannya pada tarikh antara pelancaran dua gergasi shooter, iaitu Battlefield 1 dan Call of Duty Infinite Warfare.

Mampukan EA dan Respawn menghidupkan semula francais Titanfall ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.