in , , , , , , ,

Titanfall 2: Mengganggu Emosi Dengan Teaser Trailer Mereka!

titnfall-2-teaser-001

Siapa yang tak kenal dengan game Titanfall? Game eksklusif Xbox yang telah mengegarkan satu masa dulu.

Nampaknya Titanfall 2 akan menjadi kenyataan apabila Electronic Arts (EA) telah pun mengeluarkan video teaser trailer mereka hari ini.

Di dalam video yang berdurasi 49 saat ini menunjukkan sebuah Mech – Titan sedang merapati pod yang terhempas dan kemudian Titan tersebut mengeluarkan pedang besar dan kemudian menghentakkan ke tanah.

Di penghujung video ini juga ditunjukkan tarikh full reveal untuk Titanfall 2 ini iaitu pada 12 Jun 2016. Walaupun tiada lagi tarikh rasmi bila game ini akan dikeluarkan, namun terdapat ura-ura bahawa game ini akan berada di pasaran pada penghujung Mac 2017.

Dan yang lebih menarik lagi, Titanfall yang sebelum ini hanya berada pada konsol Xbox 360 dan juga Xbox One – tetapi bagi Titanfall 2 game ini juga akan berada pada konsol PlayStation 4!

Jom kita layan teaser trailer bagi Titanfall 2:

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES SEA CL Final: 16 Pemain Terbaik Dari 4 Buah Negara Telah Diumumkan!

Let It Die: Game Brutal Lagi Kejam Terbaru Dari Suda 51!