Maklumat terbaru mengenai Titanfall 2 mungkin telah tertiris. Betul ke bohong?

Dalam satu post di Reddit, seseorang yang tidak dikenali telah memuatnaik satu artwork yang dikatakan poster tulen Titanfall 2.

titanfall

Melalui poster artwork dan sedikit penjelasan oleh Redditor tersebut, grappling hooks akan diperkenalkan dalam sekuel kedua kepada francais ini. Grappling hooks ini dikatakan bakal mempunyai beberapa fungsi seperti “masuk ke dalam Titan, membantu melakukan larian bebas, atau gerakan taktikal seperti menarik musuh ketika mereka sedang berada di udara”.

Poster artwork itu juga kelihatan padan dengan satu gambar yang ditutup sebahagian darinya di laman web rasmi Titanfall.

Persekitaran yang dapat kita lihat dalam artwork tersebut juga kelihatan agak besar, yang mana boleh kita katakan bahawa Titanfall 2 akan menampilkan map-map yang lebih besar berbanding Titanfall 1.

Ini adalah suatu teori yang boleh digunapakai kerana Titanfall 1 telah dikecilkan map-nya kerana terpaksa mengikut keupayaan yang mampu ditampung oleh Xbox 360. Kini, dengan Titanfall 2 yang tidak lagi dikeluarkan di last-gen consoles, kemungkinan besar ia akan menampilkan map yang bersaiz lebih besar.

titanfall-wallpaper

Persoalannya sekarang, adakah maklumat tertiris ini adalah sahih? Betul ke bohong?

Titanfall 2 akan keluar di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Buat masa ini, pihak developer, Respawn Entertainment hanya mengeluarkan teaser trailer dan sedikit info mengenainya yang anda boleh baca di sini.

JomBaca: Game Baru Star Wars Sedang Dibangunkan Developer Titanfall!

JomKomen!