Sabar ya gamers yang selalu lagging tu. Usaha sedang giat dijalankan!

Time dotCom Bhd (TIME) telah mula untuk giat berunding dengan kerajaan untuk aspirasi menggandakan kelajuan Internet dan harga yang diturunkan separuh untuk rakyat Malaysia, lapor New Straits Times.
Kerajaan perlu lebih bertegas dalam menyatakan apa yang mereka mahu lakukan kepada syarikat telekomunikasi dan perjanjian bagi menjayakan aspirasi ini, kata ketua pengarah eksekutif TIME, Afzal Abdul Rahim.
“Kami lebih daripada gembira untuk terus melabur dan memperluaskan liputan kami. Tetapi ia masih terlalu awal untuk memuktamadkan dan ia memerlukan masa untuk kesemua pihak menghadamnya,” kata beliau.
Afzal berkata bahawa TIME ingin melabur untuk memperluaskan lagi sambungan liputan, namun sesetengah kawasan berkemungkinan tidak dapat dimajukan kerana ketiadaan infrastruktur.
“Kami tidak dapat (memperluaskan) ke hartanah persendirian (landed property) kerana kami tidak mempunyai akses kepada tiang. Kami juga tidak boleh memasang tiang-tiang baru. Tanpa akses kepada tiang atau kebolehan untuk menyewa atau memasang tiang, kami tidak mampu untuk mencapai hartanah persendirian,” jelas beliau lagi.
Apabila ditanyakan tentang sama ada mahu menyewa infrastruktur fiber dan servis yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi lain, beliau berkata TIME lebih selesa untuk mempunyai kawalan penuh terhadap kualiti servis bagi memastikan operasi yang lebih lancar.
Kami berharap aspirasi ini dapat dipermudahkan dan diselesaikan dengan segera agar kita semua gamers boleh memiliki Internet yang stabil dan pantas dengan harga yang berpatutan. Ia secara tak langsung akan membantu melancarkan lagi perkembangan industri esport di tanah air.
Comments
Loading…