in ,

TIME Kemaskini Harga Pakej, 100Mbps Untuk RM99, 1Gbps Untuk RM199 Sebulan

Selari dengan saranan kerajaan untuk menurunkan harga perkhidmatan internet, TIME baru sahaja mengumumkan kemaskini untuk pakej-pakej yang ditawarkan oleh mereka. 

Menurut laman web rasmi TIME, tiga pilihan pakej yang ditawarkan ialah kelajuan internet sebanyak 100Mbps untuk RM99 sebulan, 500Mbps (RM139/sebulan), dan 1Gbps (RM199/sebulan).

Untuk pakej 100Mbps dan 500Mbps, kedua-dua kelajuan download dan upload adalah sama (mengikut pakej masing-masing). Untuk pakej 1Gbps, kelajuan download-nya ialah 1Gbps, manakala kelajuan upload-nya pula ialah 500Mbps.

Ketiga-tiga pakej ini turut diberikan pilihan untuk mendaftar dengan kontrak sama ada 12 bulan ataupun 24 bulan. Untuk kontrak 12 bulan pelanggan perlu membayar RM300 semasa pendaftaran (one-time).

Segala maklumat lanjut boleh korang dapatkan di laman web rasmi TIME.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nintendo Switch: Nintendo Tampilkan Console/Handheld Hibrid! Jom Gaming Di Mana Sahaja!

Nintendo Switch Yang Baru Dilaporkan Akan Dikeluarkan Pada Tahun 2019

PS5 Akan Bawakan Fungsi Backward Compatibility, Berdasarkan Paten Yang Baru Didaftar Sony Ini