in , ,

TikTok Dilaporkan Ingin Masuk Ke Dalam Gaming, Boleh Main Game Terus Dalam Aplikasi

TikTok dilaporkan sedang merancang untuk masuk ke dalam gelanggang gaming secara besar-besaran.

Antara langkah awal yang sedang mereka lakukan, TikTok dikatakan sedang melakukan percubaan di Vietnam untuk bermain game terus dari dalam aplikasi popular tersebut.

Laporan ini hadir daripada Reuters yang mengatakan mereka menerima berita ini daripada empat sumber yang rapat dengan perkembangan ini.

Menampilkan game dalam aplikasi tersebut dikhabarkan akan melonjakkan pendapatan pengiklanan serta jumlah masa yang diluangkan pengguna dalam aplikasi yang mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif bulanan itu.

Sumber mengatakan TikTok telah mencuba membawa game-game HTML5, satu bentuk mini-game yang biasa, dan sedang bekerjasama dengan beberapa studio pembangun pihak ketiga seperti Zynga.

Walaupun pada ketika ini TikTok memulakan percubaan dengan minigame-minigame yang ringkas, namun cita-cita gaming mereka dikatakan melangkaui lebih daripada itu, menurut sumber.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerajaan Arab Saudi Beli 5% Saham Dalam Nintendo

Kojima Tunjukkan 48 Minit Gameplay Death Stranding, Memperlihatkan Interaksi Multiplayer

Norman Reedus Nampaknya Telah Mengesahkan Sekuel Death Stranding Sedang Dalam Pembangunan