Guna musuh untuk selesaikan puzzle, guna musuh untuk menentang musuh lain, atau buat musuh melakukan suicide. Terpulang pada apa teknik yang anda suka!
Tidal Affair adalah sebuah isometric adventure game yang menggunakan genre stealth strategy dalam gameplaynya. Ia meletakkan pemain dalam percanggahan antara lanun, puak pemberontak dan juga kerajaan berkuku besi yang bertapak di kepulauan yang diberi nama Alter Tides! Bantu Manisha selamatkan kepulauan tempat tinggalnya.
Dalam game ini, pemain akan membawa Manisha menyelesaikan puzzle dan menyelinap lepas musuh tanpa dikesan. Dan jika perlu, kawal musuh untuk menewaskan musuh lain dengan menggunakan kuasa minda yang diperolehi oleh Manisha.

Comments
Loading…