Tersenyumlah, kerana dalam Ghost of Tsushima nanti, kuda yang akan menjadi peneman kepada korang tidak akan mati sama sekali walau apa jua yang berlaku.
Dalam gameplay terbaharu Ghost of Tsushima yang diperlihatkan dalam State of Play baru-baru ini, kita dapat saksikan protagonisnya, Jin Sakai menunggang kuda untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Ketika bercakap kepada US Gamer, pengarah kreatif Sucker Punch, Jason Connell telah menjawab satu persoalan yang dibangkitkan ramai peminat.
“Kuda kamu tidak akan mati,” dedah Connell. “Kuda kamu hanya akan takut dan berlari pergi. Kamu tidak akan boleh memanggilnya dalam waktu seketika, hanya seketika, tapi tiada siapa sama ada dalam kombat, dalam gameplay, boleh bunuh kuda kamu.”
Beliau turut mendedahkan bahawa haiwan-haiwan lain, seperti burung dan musang untuk membimbing kita ke lokasi-lokasi tersembunyi, juga tidak boleh dibunuh oleh sesiapa. Oleh sebab itu, customization dalam game ini nanti seperti gear dan lain-lain tidak memerlukan kulit-kulit haiwan untuk level-up.
Ini pastinya sesuatu yang bertentangan dengan gameplay kuda yang diterapkan dalam Red Dead Redemption 2. Dalam game keluaran Rockstar itu, nyawa kuda kepunyaan pemain bergantung kepada bagaimana bagusnya pemain menjaga kuda tersebut — seperti memberinya makanan, membersihkannya dan mengusapnya. Kuda juga boleh mati sekiranya musuh menembak atau pemain sendiri tertembak. Atau yang paling sadis, jatuh gaung.
Kuda yang tidak boleh mati ini mungkin ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dalam reviu Red Dead Redemption 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?, JomGaming mengatakan, “mekanisme Bonding ini telah membuatkan penulis sayangkan kuda jagaan penulis ini — satu perasaan sayang antara pemain dan haiwan yang tidak pernah penulis bayangkan mampu dicipta dalam sesebuah video game.”
Ghost of Tsushima akan dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada 17 Julai.
Comments
Loading…