in ,

Tidak Seperti PS4, Tiada Web Browser Dalam Sistem PS5

Menjelang pelancaran kelompok pertama PS5 pada Khamis ini, Sony telah mengeluarkan senarai soalan lazim (FAQ) yang sangat banyak di PlayStation Blog.

Kebanyakan soalan-jawapan yang disediakan adalah butiran yang kebanyakan daripada kita sudah tahu. Namun, ada beberapa jawapan lain yang baru sahaja didedahkan, seperti kehadiran web browser.

Sony telah mengesahkan bahawa aplikasi web browser tidak akan ditampilkan dalam sistem PS5. Berbeza dengan konsol dua generasi mereka sebelum ini, iaitu PS3 dan PS4 yang mempunyai web browser.

Ini mungkin sesuatu yang relevan pada masakini, memandangkan mereka yang memiliki PS5, sudah tentunya memiliki telefon pintar yang sentiasa berada di sisi, dan boleh mengakses web browser di mana sahaja pada bila-bila masa. Berbeza ketika era PS3 dan PS4 dilancarkan dahulu di mana penggunaan telefon pintar tidaklah seluas pada hari ini.

Lebih-lebih lagi apabila dalam sistem PS5 itu sendiri menampilkan Game Help — iaitu tips atau pertolongan yang disediakan oleh pembangun game yang dimainkan itu sendiri bagi membantu pemain sekiranya pemain tersekat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam game.

Walau bagaimanapun, menurut Push Square yang kini sudah menerima PS5 dari Sony untuk melakukan review, terdapat ‘Web Browser’ dalam Settings sistem di PS5. Sama ada pada asalnya Sony ingin menampilkan web browser, kemudian memutuskan untuk membuangnya; atau mereka merancang untuk menambahnya di masa akan datang — itu tidak dapat dipastikan lagi.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Jangkakan Jualan PS5 Akan Lebih Tinggi Berbanding PS4 Dalam Tempoh Tahun Fiskal Pertama

PS5 Menggunakan Tenaga Elektrik Lebih Rendah Berbanding PS4 Pro

PS5 Disahkan Boleh Menggunakan Keyboard/Mouse, Tapi Terpulang Kepada Pembangun Game