in ,

Tidak, Game Naughty Dog Seterusnya Bukan Zaman Pertengahan Berunsur Fantasi

Beberapa hari lalu, muncul khabar angin yang mengatakan game seterusnya yang sedang dibangunkan oleh Naughty Dog kemungkinan adalah berlatarbelakangkan zaman pertengahan yang mempunyai unsur fantasi.

Ura-ura itu timbul apabila salah seorang artis senior di studio tersebut, Hyoung Nam memuatnaik hasil seninya di ArtStation dengan meletakkan tajuk “The Women of North” (Wanita Dari Utara) serta kapsyen “Inspire from new game” (diinspirasi dari game baharu).

Gambar-gambar tersebut kelihatan seperti berpakaian bangsa Celtic, membuatkan ramai peminat membuat kesimpulan sendiri bahawa studio yang terkenal dengan francais Uncharted dan The Last of Us itu sedang membikin sebuah game yang berlatarbelakangkan zaman pertengahan berunsur fantasi.

Walau bagaimanapun, ternyata khabar angin ini adalah tidak benar sama sekali. Hyoung Nam telah memberikan kenyataakn kepada IGN, menjelaskan bahawa ilustrasi itu bukanlah dari seni konsep untuk game akan datang oleh Naughty Dog, sebaliknya ia hanyalah hasil seni peribadi yang dimuatnaik di profile ArtStation peribadinya.

Menurutnya lagi, sebenarnya ilustrasi tersebut diinspirasikan daripada Assassin’s Creed Valhalla ketika beliau sedang bermain game tersebut.

Khabar angin ini, walaupun sudah dinafikan, sememangnya satu yang masih membuatkan para peminat teruja. Sekiranya Naughty Dog membangunkan sebuah game berlatarbelakangkan zaman pertengahan berunsur fantasi, tentunya ia sesuatu yang amat menarik, sesuatu yang tidak pernah lagi kita saksikan mereka lakukannya.

Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini, presiden-bersama Naughty Dog, Neil Druckmann ada berkongsi tweet yang mempromosikan jawatan kosong di studio itu, menyatakan yang mereka sedang mencipta “sesuatu yang sangat cool”.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Resident Evil Village Akan Dilancarkan Pada 7 Mei Untuk PC, PS5, PS4, Xbox One, Series X/S

Gabe Newell: "Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5"

Gabe Newell Sahkan Yang Valve Sedang Membangunkan Beberapa Game