in ,

Tiada Trilogi, God of War Ragnarok Adalah Yang Terakhir Dalam Saga Mitos Norse

Kita sudah menyaksikan banyak francais game besar yang membawakan sekurang-kurangnya tiga game bersambungan (trilogi), termasuklah trilogi pertama God of War di era PS2 dan PS3.

Ramai menjangkakan soft-reboot God of War juga akan melengkapkan kisahnya dengan trilogi. Namun, Santa Monica telah mengesahkan sebaliknya.

Selepas acara PlayStation Showcase 2021 yang mendedahkan judul rasmi dan gameplay pertama, pasukan pembangunan God of War Ragnarok telah mengadakan temu bual untuk menjawab beberapa persoalan. Antara yang didedahkan adalah God of War Ragnarok merupakan game terakhir dalam saga dengan latar belakang mitos Norse.

“Ya, maksud saya, anda tak boleh panggil game itu God of War Ragnarok dan tiada Ragnarok berlaku dalam game itu,” kata pengarahnya, Eric Williams, lapor Comicbook. “Jadi ia akan berlaku. Kami akan tamatkan siri Norse dengan ini.”

Walau bagaimanapun, apa yang menarik adalah beliau tidak mengatakan yang God of War Ragnarok merupakan perjalanan terakhir Kratos. Mungkin mereka ingin bawa kisah Kratos ke mitos yang lain pula selepas memusnahkan segala dewa-dewa Greek dan Norse?

Tidak mustahil kerana Santa Monica pernah mendedahkan bahawa sebelum mereka memutuskan untuk menggunakan latar belakang Norse, mereka pernah mempertimbangkan untuk mengangkat mitos Mesir, Inca dan Hindu.

God of War Ragnarok akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Football Manager 2022 Akan Tersedia Dalam Xbox Game Pass Pada Hari Pertama Pelancaran

Marvel’s Wolverine Adalah Game Bersaiz Penuh Dengan Kandungan Ton Dewasa, Kata Pengarah Kreatif