in , , , , , ,

Tiada Mode FIFA World Cup Dalam PES 2018? Patch Kan Ada!

Patch sentiasa menjadi penyelamat kepada pemain PES.

Pastinya semua dah tahu yang tiada mode rasmi FIFA World Cup 2018 Russia dalam PES 2018 kerana lesen rasmi telah diberikan kepada siri game daripada EA Sports, FIFA 18. Tapi itu semua bukan masalah kepada para pemain tegar PES untuk menikmati pengalaman Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang kerana ada patch yang dibikin oleh komuniti yang boleh dimasukkan ke dalam game.

Penyunting patch kegemaran penulis, PES World telah mengeluarkan patch terbaru untuk PES 2018 yang membawakan pelbagai kandungan Piala Dunia. Untuk patch di PS4 dan PS3, mereka mengemaskini kesemua pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 dengan senarai skuad serta jersi.

Untuk patch di PC pula, ia bukan sahaja mengemaskini senarai skuad dan jersi, malah menampilkan scoreboard, video intro rasmi, papan iklan di tepi padang dan UI menu yang kelihatan bertemakan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Korang boleh download patch-patch ini untuk setiap platform seperti di bawah:


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran Episod Pertama Life is Strange 2 Diumumkan Dalam Satu Video Acah Terbaru

Kingdom Hearts 3 dan Final Fantasy 7 Remake Diumumkan Terlalu Awal – Tetsuya Nomura