in ,

Tiada Lagi Logo ‘Only On PlayStation’ – Ghost of Tsushima Mungkin Akan Dilancarkan Ke PC?

Satu khabar angin telah muncul, menimbulkan spekulasi bahawa satu lagi game eksklusif PlayStation bakal dilancarkan ke PC tidak lama lagi.

Game yang dilaporkan tersebut adalah Ghost of Tsushima. Ura-ura ini hadir selepas Sony telah mengemaskini box art game itu dengan tidak lagi memaparkan logo ‘Only On PlayStation’.

Box art yang baharu ini telah dikemaskini di laman Amazon dan PlayStation Direct. Selain itu, box art baharu ini turut meletakkan deskripsi yang menyebut terdapat mode Legends (co-op) serta meletakkan juga logo baharu PlayStation Studios, jenama yang baru dicipta tahun lalu.

Berikut adalah perbandingan antara box art lama dan baharu untuk Ghost of Tsushima (terima kasih VGC).

Kehadiran tambahan game eksklusif PlayStation ke platform PC sememangnya dijangka memandangkan PlayStation Studios kini sudah mempunyai laman rasmi di Steam. Namun, apa yang mengejutkan, sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan, adalah usia Ghost of Tsushima boleh dikatakan masih terlalu awal untuk dilancarkan ke platform PC.

Walau bagaimanapun, VGC turut mengingatkan bahawa ketiadaan logo ‘Only On PlayStation’ ini kemungkinan menandakan yang ia akan mendapat versi PS5 tidak lama lagi kerana game-game PS4 yang turut ada di PS5, seperti Spider-Man: Miles Morales and Sackboy: A Big Adventure, juga tidak mempunyai logo tersebut.

Apa-apa pun, khabar angin masih lagi hanyalah andaian semata-mata. Sama-sama kita nantikan sama ada Sony akan memberi respon terhadap spekulasi ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Jangka Jualan PS5 Naik Mencanak Apabila Permintaan Dipenuhi, Sasarkan 22.6 Juta Unit Tahunan

Beberapa Butiran Awal FIFA 22 Tertiris, EA Tarik Balik Sesi Beta Tertutup