in ,

Tiada Kesukaran Dalam Membangunkan Disgaea 5 Untuk Nintendo Switch

Nampaknya studio Nippon Ichi Software tidak mengalami sebarang kesukaran untuk membawa siri terbaru Disgaea ke Nintendo Switch, ujar Sohei Niikawa.

Info ini telah dikongsi oleh presiden Nippon Ichi Software(NIS), Sohei Niikawa dalam temubual bersama 4gamer baru-baru ini. Beliau turut menyatakan bahawa pembangunan Disgaea 5 untuk Nintendo Switch adalah lebih mudah dan lancar jika dibandingkan dengan versi PlayStation Vita jika ia dibangunkan walaupun asasnya diambil dari PlayStation 4.

Disgaea 5 juga tidak akan mengalami sebarang downgrade jika dibanding ngan versi PS4, jadi peminat-peminat siri ini bolehlah menarik nafas lega dan bersorak kegembiraan!

Disamping itu, Sohei Niikawa turut menyatakan bahawa NIS akan terus mengeluarkan game untuk platform Nintendo Switch pada masa akan datang.

Ikuti review kami mengenai Disgaea 5: Alliance of Vengeance yang telah diterbitkan untuk PlayStation 4!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ronaldo de Lima Mula Melabur Dalam Sebuah Pasukan eSports Brazil

Street Fighter Bakal Membawa Kejutan Ke Comic-Con Ataupun E3!