in , , , ,

Tiada Game Penuh PES 2021, Konami Fokus PES 2022 Untuk PS5 Dalam Unreal Engine

Setelah ramai bercakap-cakap mengenainya, Konami akhirnya mengumumkan secara rasmi tentang apa yang akan mereka lakukan dalam dua siri Pro Evolution Soccer (PES) akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Konami mengumumkan bahawa PES 2021 tidak akan dilancarkan sebagai sebuah game penuh pada tahun ini. Sebaliknya, ia hanya membawakan ‘kemaskini musim’ yang mana harga jualannya nanti akan lebih murah daripada biasa. Berapa harganya, Konami masih belum dedahkan.

Menurut jangkaan kami, PES 2021 kelak hanyalah sebuah kemaskini untuk musim bola sepak 2021/2022 yang akan menampilkan jersi dan skuad yang baharu. Walau bagaimanapun, gameplaynya nanti kemungkinan besar adalah sama dengan PES 2020.

Apa yang lebih menarik tentang pengumuman terbaharu Konami ini, mereka terus telah mendedahkan beberapa perancangan mereka untuk PES 2022 bagi konsol generasi akan datang. Melalui video acah yang diperlihatkan, mereka telah mendedahkan yang PES 2022 akan dibangunkan dengan menggunakan Unreal Engine, sekaligus mengesahkan yang mereka akan meninggalkan Fox Engine — enjin game milik Konami sendiri yang digunakan untuk membangunkan beberapa siri PES sebelum ini dan juga siri Metal Gear.

Kata Konami, game untuk konsol generasi akan datang itu akan menampilkan “model dan animasi pemain yang lebih realistik, fizik ditambahbaik, visual yang foto-realistik dan banyak lagi.” Mode myClub dan Master League juga dikatakan akan menerima banyak kandungan dan penambahbaikan.

Pastinya, Konami akan menggunakan Unreal Engine 5, yang mana satu demonstrasi teknikal untuk PS5 telah diperlihatkan oleh Epic Games pada Mei lalu.

PES 2022 akan mula diuji pada pertengahan tahun 2021, dan dijadualkan akan dilancarkan pada tahun yang sama kelak.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Controller DualSense Muncul Di Laman SIRIM – PS5 Sudah Bersedia Untuk Dilancarkan Ke Malaysia?

Tarikh Pelancaran PES 2021 Season Update Diumumkan, Hanya Berharga RM116

Tarikh Pelancaran PES 2021 Season Update Diumumkan, Hanya Berharga RM116