in , , ,

Tiada Demo Untuk FIFA 21, EA Sports Mahu Fokus Pembangunan Game Penuh

Tidak seperti saban tahun, EA Sports akan melakukan sedikit kelainan untuk pelancaran siri game bola sepak mereka.

EA Sports telah mengumumkan yang FIFA 21 tidak akan mempunyai versi demo yang boleh pemain cuba secara percuma sebelum pelancaran game penuh. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, mereka mendedahkan yang mereka mahu memfokuskan kepada pembangunan game penuh untuk FIFA 21.

“Kami tidak lancarkan satu demo untuk FIFA 21,” umum EA Sports. “Sebaliknya kami telah membuat keputusan untuk memfokuskan masa pasukan pembangunan bagi menyajikan pengalaman game penuh terbaik untuk konsol-konsol generasi masakini dan seterusnya.”

Mereka turut mengingatkan bahawa pelanggan EA Play akan boleh memainkan FIFA 21 10 hari lebih awal sebelum game itu dilancarkan pada 9 Oktober kelak.

Ketiadaan versi demo ini tidak akan terlalu menjejaskan promosi FIFA 21. Kepada pemain tegar siri game FIFA, apa jua reaksi mereka terhadap versi demo sekalipun, mereka akan tetap membelinya.

FIFA 21 akan dilancarkan sepenuhnya pada 9 Oktober untuk PC, PS4 dan Xbox One; manakala untuk PS5 dan Xbox Series pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Microsoft Ambil-Alih Bethesda Dengan Nilai RM31b - Elder Scrolls, Doom Dan Lain-Lain Kini Milik Microsoft

Microsoft Ambil-Alih Bethesda Dengan Nilai RM31b – Elder Scrolls, Doom Dan Lain-Lain Kini Milik Microsoft

Garena Free Fire: Rampage: Game Mobile Paling Untung Di Asia Tenggara Untuk Suku Pertama 2020

Garena Free Fire: Rampage: Game Mobile Paling Untung Di Asia Tenggara Untuk Suku Pertama 2020