Fenomena laptop gaming dimeriahkan lagi dengan kehadiran Thunderobot!
Thunderobot, pembikin laptop dari Taiwan telah mengumumkan 2 siri laptop gaming terbaru mereka – model 911S dan 911 Air.
THUNDEROBOT 911S menjanjikan prestasi melangkaui mana-mana laptop gaming lain yang dikuasakan processor 8th Gen Intel Core i7 kerana 911S dilengkapi power supply 180W dan sistem heat pipe dan kipas bagi menyejukkan sistem ini.
911S akan hadir dengan GPU GeForce GTX 1060 6GB GDDR5, panel IPS 15.6 inci dengan 144Hz refresh rate, RAM 16GB DDR4-2400, SSD 128GB dan HDD 1TB. Semua ini dimuatkan di dalam chassis setebal 25mm dan seberat 2.4kg.
THUNDEROBOT 911 Air pula menawarkan profail binaan nipis setebal 20mm dengan berat 2kg. Walaupun ianya nipis, laptop gaming ini dimuatkan dengan processor 8th Gen Intel Core i7, GPU GeForce GTX 1050Ti 4GB GDDR5, SSD 128GB dan HDD 1TB. Spesifikasi laptop ini juga menyatakan bahawa ianya akan menampilkan saiz skrin 15.6 inci pada binaan 14 inci.
911S |
911 Air |
|
CPU |
i7-8750H |
i7-8750H |
DISPLAY |
15.6” IPS FHD |
15.6” IPS FHD |
CHIPSET |
HM370 |
HM370 |
GRAPHICS |
GTX 1060 6GB |
GTX 1050Ti 4GB |
MEMORY |
16GB DDR4-2400 |
8GB DDR4-2400 |
STORAGE |
128GB M.2 PCIe/1TB HDD |
128GB M.2 PCIe/1TB HDD |
CONNECTIVITY |
802.11ac+BT 5.0 |
802.11ac+BT 5.0 |
WEIGHT |
2.4kg |
2.0kg |
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari http://thunderobot.com/ . Bagaimanapun, model-model ini belum dikemaskini di dalam laman web semasa artikel ini ditulis.
Setakat ini tiada harga diumumkan. Kitorang telah menghubungi Thunderobot bagi mendapatkan jangkaan harga bagi laptop gaming ini. Artikel akan dikemaskini kelak.
Comments
Loading…