in , , ,

Thunderjaw Dan Snapmaw: Saksikan Aksi Robot Dinosaur Berbahaya Ini Dalam Horizon Zero Dawn

Horizon: Zero Dawn memperlihatkan Aloy berlawan dengan robot-robot besar tapi ianya bukan sebarang robot biasa tetapi robot dinosaur.

Terdapat pelbagai robot dinosaur yang dapat dijumpai dalam game ini yang jinak dan boleh membantu anda tetapi ada juga robot dinosaur yang menyusahkan dan berbahaya seperti Thunderjaw dan Snapmaw.

Thunderjaw merupakan robot dinosaur tergolong dalam kelas combat (diklasifikasi amat berbahaya) dan dilengkapi machine guns, disc launchers dan mouth laser. Thunderjaw juga boleh mendatangkan bahaya secara dekat dengan charges dan tail swipes.

Snapmaw ialah robot dinosaur kelas acquisition dan boleh dijumpai berdekatan kawasan air sambil mengumpul mineral. Snapmaw juga boleh meluahkan ais (freeze burst) dari mulutnya serta menggunakan kebolehan rahangnya seperti jumping jaw bite dan lunging jaw bite.

Robot dinosaur ini tampak menakutkan tetapi jangan risau, anda pasti boleh lawan punya. Mari lihat cara sistem combat dalam Horizon: Zero Dawn diperincikan.

Horizon: Zero Dawn bakal berada di pasaran pada 28 Februari 2017 eksklusif untuk PlayStation 4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Harga AMD Ryzen Leaked! CPU Berkuasa Tinggi Dengan Harga Yang Jauh Lebih Rendah!

Harga AMD Ryzen Leaked! CPU Berkuasa Tinggi Dengan Harga Yang Jauh Lebih Rendah!

Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan - Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan – Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan