Kedudukan Football Manager sebagai game simulasi pengurusan pasukan bola sepak nombor satu mungkin sukar untuk dicabar, namun THQ Nordic nampaknya ingin cuba untuk menjadi pesaing.
THQ Nordic dan Winning Streak Games telah mengumumkan We Are Football, yang bakal dilancarkan untuk PC (Steam) pada 10 Jun 2021.
Antara ciri yang ditekankan dalam game ini adalah beberapa pilihan pengurusan membenarkan pemain untuk mengawal kewangan, penajaan, sumber manusia, sokongan peminat, organisasi, ahli kelab, dana peminat dan malah bermain dengan pasaran saham — selain pengurusan pemain dan taktikal di atas padang.
Korang boleh saksikan trailer untuk We Are Football di bawah:
Comments
Loading…