in

The Witness: Pulau Yang Penuh Dengan Teka-Teki

the-witness-001

Korang mencari game yang mencabar akal pemikiran korang sehingga ke tahap ekstrem? Nah penulis ada satu game yang mungkin sesuai dengan citarasa korang tu.

Developer, Thekla Inc. mengumumkan game mereka iaitu The Witness akan berada di konsol PlayStation 4 pada 26 Januari 2016.

the-witness-002

Game berkonsepkan puzzle adventure game yang dimainkan secara first-person view ini bakal menguji kehebatan pemain-pemain menyelesaikan puzzle-puzzle yang terdapat di sebuah pulau.

the-witness-003

Objektifnya mudah, korang selesaikan puzzle untuk melepasi halangan. Di anggarkan lebih kurang 650 puzzle yang telah disediakan dan 100 jam bermain diperlukan untuk korang menyelesaikan game ini. Amacam! Tercabar tak?

Jadi kalau korang rasa nak cabar diri korang dalam menyelesaikan puzzle-puzzle, mungkin ni game yang sesuai.

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

App Remote Play Rasmi Akan Datang!

PES 2016 Edisi Percuma Diumumkan Eksklusif Untuk Playstation