in ,

The Witcher Umumkan Board Game Untuk 2-5 Pemain, Kickstarter Bermula Mei Ini

CD Projekt Red telah mengumumkan kerjasama dengan Go On Board untuk menerbitkan sebuah board game dalam dunia The Witcher, diberi nama The Witcher: Old World.

Board game ini akan direka oleh Łukasz Woźniak, penulis board game popular lain seperti Valhalla dan Titans.

The Witcher: Old World dicipta untuk dimainkan oleh 2 hingga 5 pemain dan mengambil latar masa jauh sebelum kehadiran Geralt of Rivia.

Para pemain akan bertugas sebagai pemburu raksasa profesional yang baru sahaja selesai melengkapkan latihannya dalam salah satu sekolah Witcher — Wolf, Viper, Cat, Bear atau Griffin.

Pemain akan disajikan dengan bermacam cabaran di benua tersebut, mengambil kontrak, melawan raksasa, malah akan bertarung antara Witcher lain untuk mempertahankan maruah sekolah masing-masing.

Projek menerbitkan board game ini akan digerakkan oleh sumbangan dana awam (crowdfunding) di Kickstarter yang akan bermula pada Mei 2021, dan dijadualkan akan dilancarkan pada April 2022. Mereka yang menyumbang ke dalam projek ini akan diberikan peluang untuk mempunyai impak signifkan dalam game ini melalui kandungannya termasuklah kepada penceritaannya.

Buat masa ini, hanya bahasa Inggeris dan Poland diumumkan untuk board game ini.

Untuk butiran lanjut, korang boleh layari laman Kickstarter untuk The Witcher: Old World.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Mahu Bikin Lebih Banyak Game Percuma, Terutamanya Mobile, Kurangkan Fokus AAA

Game Mobile Star Wars Baru Dari Zynga Akan Dilancarkan Tahun Ini, Tapi Masih Tiada Info Diketahui