Awal bulan lalu, CD Projekt Red telah mengumumkan lima buah game baharu untuk francais The Witcher. Salah satu daripadanya adalah sebuah game yang menggunakan kod nama ‘Canis Majoris’.
Terkini, CDPR telah berkongsi lanjut mengenai game tersebut. Game itu telah didedahkan sebagai remake untuk game pertama The Witcher yang pertama kali dikeluarkan pada 2007.
Game ini sedang dibangunkan oleh Fool’s Theory — sebuah studio yang mahir dalam membangunkan game-game RPG, di mana studio ini akan dibarisi oleh ramai pembangun veteran yang pernah terlibat dalam membangunkan The Witcher 2: Assassins of Kings dan The Witcher 3: Wild Hunt. CDPR akan memberikan penyeliaan kreatif sepenuhnya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, remake ini akan dibangunkan dari kosong menggunakan teknologi Unreal Engine 5, serta menggunakan perkakasan sama yang CDPR sedang cipta untuk trilogi saga baharu The Witcher.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran didedahkan.
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article. https://accounts.binance.com/it/register?ref=PORL8W0Z