in , , , ,

The Witcher Remake Akan Bawakan Open-World Sepenuhnya Walaupun Game Asalnya Tidak

CD Projekt Red telah mengesahkan yang The Witcher Remake yang sedang dibangunkan akan menampilkan map open-world sepenuhnya.

Game tersebut merupakan remake kepada game The Witcher pertama yang mereka pernah lancarkan pada tahun 2007. Pada ketika itu, game itu bukanlah sebuah game open-world.

Semasa CDPR mengumumkan The Witcher Remake pada bulan lalu, ramai yang menimbulkan persoalan sama ada remake itu akan mengikut game asal yang bukan open-world atau membawakan open-world sama seperti The Witcher 3. Kini, teka-teki itu sudah terjawab.

CDPR mendedahkan perkara ini dalam laporan kewangan terbaharu mereka, lapor IGN. Ia mengesahkan yang remake itu adalah sebuah game yang “story-driven, single-player open-world RPG”.

Sebelum ini, CDPR mengumumkan yang game ini sedang dibangunkan oleh Fool’s Theory — sebuah studio yang mahir dalam membangunkan game-game RPG, di mana studio ini akan dibarisi oleh ramai pembangun veteran yang pernah terlibat dalam membangunkan The Witcher 2: Assassins of Kings dan The Witcher 3: Wild Hunt. CDPR akan memberikan penyeliaan kreatif sepenuhnya.

Remake ini akan dibangunkan dari kosong menggunakan teknologi Unreal Engine 5, serta menggunakan perkakasan sama yang CDPR sedang cipta untuk trilogi saga baharu The Witcher.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran didedahkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Marvel’s Spider-Man Remastered Lebih BEST Di PC Berbanding PS5?

Epic Games Store Dilaporkan Akan Beri Game Percuma Setiap Hari Sepanjang Perayaan Krismas