in ,

The Witcher: Nightmare of the Wolf Paparkan Trailer Penuh, Barisan Pelakon Suara Didedahkan

Menjelang sebulan sebelum tayangannya, Netflix telah mengeluarkan trailer penuh untuk The Witcher: Nightmare of the Wolf.

Trailer berdurasi 1:24 minit ini memperlihatkan lebih banyak karakter, raksasa dan aksi yang lebih rancak. Jom layan:

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Netflix turut mendedahkan barisan pelakon suara berbahasa Inggeris untuk watak-watak utama: Theo James sebagai Vesemir, Lara Pulver sebagai Tetra, Graham McTavish sebagai Deglan, dan Mary McDonnell sebagai Lady Zerbst.

Di samping itu, Netflix turut mengesahkan durasi tayangan filem anime ini, iaitu selama 81 minit atau 1 jam 21 minit, yang mana sebelum ini telahpun tertiris.

The Witcher: Nightmare of the Wolf merupakan prekuel kepada musim pertama live-action The Witcher di Netflix, yang membawakan Vesemir, mentor kepada Geralt, semasa muda sebagai watak utama.

Untuk filem anime ini, Netflix akan bekerjasama dengan studio terkenal dari Korea, Studio Mir — yang pernah mencipta The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.

The Witcher: Nightmare of the Wolf akan mula ditayangkan di Netflix pada 23 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ghost of Tsushima: Pemain Boleh Belai Kucing, Monyet, Rusa Dalam DLC Iki Island – Saksikan Trailer Baharu

Battlefield Portal Diumumkan, ‘Surat Cinta’ Untuk Peminat, Gabungkan Battlefield 1942, Bad Company 2, 3, 2042