in ,

The Witcher Musim 3 Dilaporkan Akan Mula Penggambaran Pada Mac Ini

Penggambaran untuk musim ketiga The Witcher terbitan Netflix dikhabarkan akan bermula pada Mac 2022.

Laporan ini hadir dari Redanian Intelligence, yang turut menyatakan pra-produksi bakal bermula pada bulan ini.

Walaupun musim kedua The Witcher mula ditayangkan pada Disember 2021, penulisan untuk musim ketiga sebenarnya telahpun bermula pada Julai 2021 dan skrip itu dikatakan telah hampir siap pada bulan lalu.

Laporan dari Redanian Intelligence walau bagaimanapun menegaskan yang permulaan penggambaran tersebut mungkin boleh berubah pada bila-bila masa sahaja kerana pada asalnya, penggambaran itu dijadualkan bermula pada Februari 2022.

Disebabkan permulaan penggambaran telah dianjakkan sebulan ke hadapan, penggambaran itu dijangka akan tamat pada Ogos 2022, kerana pada asalnya ia dijadualkan tamat pada Julai 2022.

Dengan krisis COVID-19 dan bermacam varian baharu yang kini melanda semula rantau Eropah dan Amerika Utara, tidak terkejut sekiranya jadual-jadual ini akan bertukar-tukar lagi.

Menurut Redanian Intelligence lagi, fasa pasca-produksi selalunya berlangsung selama enam hingga tujuh bulan, maka para peminat dan penonton mungkin hanya akan dapat menyaksikan musim ketiga itu sekitar suku pertama 2023.

Dua musim The Witcher kini boleh distrim di Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us 2 Multiplayer Mungkin Satu Game Percuma Dengan Adanya Microtransactions

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

Acara Besar PlayStation Dikhabarkan Berlangsung Februari Ini, Mungkin Ada Berita Hogwarts Legacy