Menu
in , ,

The Witcher Musim 2: Netflix Keluarkan 2 Video Pandang Pertama, 1 Trailer Terbaru

Semasa acara TUDUM yang berlangsung malam tadi, Netflix telah memperlihatkan tiga video untuk siri The Witcher musim kedua.

Pertama, Netflix keluarkan trailer berdurasi lebih 3 minit untuk musim kedua siri tersebut. Trailer ini menggabungkan beberapa babak dari musim pertama serta babak yang belum pernah dilihat dari musim kedua, termasuk penampilan pertama Vesemir.

Di samping itu, Netflix turut berkongsikan dua buah video tambahan, memaparkan pandang pertama Geralt dan Ciri dari musim baharu itu, serta karakter baharu, iaitu Nivellen yang dimainkan oleh Kristofer Hivju.

Kedua-dua video berdurasi sekitar 1:20 minit.

Acara TUDUM turut mengumumkan musim ketiga untuk The Witcher, walaupun musim kedua hanya akan mula ditayangkan pada 17 Disember nanti.

Selain itu, Netflix juga mengumumkan kandungan tambahan dunia The Witcher yang lain iaitu filem anime kedua dan siri baharu untuk kanak-kanak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version