CD Projekt Red telah mengumumkan yang The Witcher: Monster Slayer kini telah memasuki sesi percubaan di tiga buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Singapura.
Sesi percubaan ini, buat masa ini, hanya dikeluarkan untuk iOS, belum lagi untuk Android.
Korang boleh mainkan The Witcher: Monster Slayer sekarang dengan muat-turun untuk iOS melalui pautan ini.
The Witcher: Monster Slayer diumumkan secara rasmi pada Ogos lalu. Ia merupakan game mobile bergenre augmented-reality (AR). Senang cerita, game ini akan mengangkat pemain sebagai seorang Witcher ke merata lokasi untuk menangkap dan menghapuskan raksasa seumpama Pokemon Go.
The Witcher: Monster Slayer akan turut menyajikan naratif penceritaan dalam dunia siri Witcher, namun ia akan menggunakan latar belakang jauh lebih ke belakang sebelum kemunculan Geralt of Rivia.
Comments
Loading…