Setelah sekian lama menanti, Netflix akhirnya telah mendedahkan tarikh pelancaran siri The Witcher yang bakal ditayangkan di platform penstriman itu.

The Witcher akan boleh mula distrim di Netflix pada 20 Disember ini. Bersama-sama dengan pendedahan tarikh pelancaran ini, sebuah trailer terbaru, iaitu trailer terakhir untuk musim pertama siri tv ini telah dikeluarkan.

Melalui trailer ini, kita diperlihatkan dengan pelbagai babak baru seperti menceritakan sedikit latar belakang seorang Witcher, pertarungan pedang oleh Geralt yang cukup kemas, keupayaan Aard, dan semestinya babak ikonik dari adaptasi video game yang dibangunkan CD Projekt Red — babak tab mandi Geralt.

Jom layan:

Selain trailer, Netflix juga berkongsikan beberapa gambar terbaru yang tidak terlihat dalam trailer. Antaranya gambar pertama Renfri yang dihalang oleh Geralt untuk cubaan membunuh diri, Ciri di dalam sebuah istana, Yennefer sedang melindungi satu keluarga serta gambar di belakang tabir.

Netflix turut mengumumkan, seperti kebanyakan siri yang ada dalam platform itu, bahawa The Witcher akan mengeluarkan kesemua episod musim pertama secara serentak sekaligus. Musim pertama akan membawakan lapan episod.

Sebelum ini, penerbit siri tv ini menegaskan bahawa mereka tidak akan mengadaptasi jalan cerita daripada video game, sebaliknya menadaptasinya terus dari novel tulisan Andrzej Sapkowski.

1 komen

Leave a Reply to Emma Yunita Cancel reply