in ,

The Witcher Di Netflix Kongsikan Beberapa Gambar Terbaru – Geralt, Roach, Yennefer!

Tak lama lagi kita bakal menyaksikan kisah The Witcher diadaptasi ke siri televisyen oleh gergasi penstriman, Netflix.

Terbaru, Netflix telah berkongsikan beberapa gambar terbaru dari siri TV tersebut — memaparkan Geralt, Yennefer, Roach dan seekor raksasa misteri yang hanya kelihatan kukunya yang panjang dan tajam.

Sebelum ini, penerbit siri tv ini menegaskan bahawa mereka tidak akan mengadaptasi apa-apa daripada video game, sebaliknya menadaptasinya terus dari novel tulisan Andrzej Sapkowski. Musim pertamanya akan mempunyai lapan episod, yang mana setiap satunya berdurasi kira-kira satu jam.

Pada ketika ini, Netflix masih belum mendedahkan bilakah The Witcher akan dilancarkan, sebaliknya hanya mengatakan yang ianya akan boleh mula distrim pada hujung tahun ini.

Sumber: WinterIsComing, Corriere.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Map-Map Nostalgia Bakal Kembali Dalam Battlefield V, Saksikan Trailer Terbaru Pertempuran Pasifik

Map-Map Nostalgia Bakal Kembali Dalam Battlefield V, Saksikan Trailer Terbaru Pertempuran Pasifik

Naik Penyapu Macam Harry Potter Keliling Galaksi, Festival of The Lost Kembali Ke Destiny 2!

Naik Penyapu Macam Harry Potter Keliling Galaksi, Festival of The Lost Kembali Ke Destiny 2!