The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Kalau korang fikirkan bahawa The Witcher yang diadaptasi ke siri televisyen untuk Netflix akan lebih memfokuskan kepada watak Geralt of Rivia seperti mana dalam adaptasi video game yang dibangunkan CR Projekt Red, korang mungkin silap.

Ketika bercakap di panel MCM London Comic Con baru-baru ini, penerbit Lauren S Hissrich telah mengatakan bahawa siri ini akan turut memfokuskan kepada dua watak wanita penting dalam francais ini, iaitu Ciri dan Yennefer.

Kata beliau: “Ia bukanlah mudah. Ada 8 buah buku, saya dah baca semuanya. Saya tahu saya mahu mulakan dengan kisah-kisah pendek. Ia menjelaskan apa itu witcher, [dan lain-lain]. Tapi saya mahu memperkenalkan Ciri dan Yennefer terlebih dahulu. Kamu akan berjumpa dengan Ciri [dan akan benar-benar mengenalinya] sebelum dia berinteraksi dengan watak-watak lain.”

Di sebalik kisah-kisah pendek itu disampaikan dari perspektif Geralt, siri tv ini akan meletakkan dua wanita ini ke hadapan dalam penceritaan dari awal. Ini bagi merakamkan mereka sebelum mereka dilihat dari lensa orang lain.

Pendekatan seperti ini digunakan oleh Hissrich berdasarkan apa yang Andrzej Sapkowski, pencipta dan penulis novel The Witcher, ceritakan kepada beliau tentang kesusahan dan ketahanan wanita-wanita Poland semasa Perang Dunia Kedua. Dengan terlalu ramai lelaki maut ketika peperangan, wanita-wanita Poland memainkan peranan yang penting.

Walaupun dua watak ini akan dikembangkan, Hissrich cepat menegaskan bahawa tidak perlu risau tentang sekiranya Henry Cavill (Geralt of Rivia) tidak mendapat masa tayangan (screen time) yang cukup. “Dia akan mempunyai banyak masa tayangan. Ia adalah penting untuk memastikan Ciri dan Yen dapat apa yang sepatutnya. Kita perlu memahami mereka semua secara individu, barulah kita dapat memahami mereka secara bersama.”

Semestinya penulis semakin tidak sabar untuk saksikan bagaimana The Witcher bakal dibawakan ke dalam siri tv ini. Trailer terbaru yang dikeluarkan beberapa hari lalu sememangnya kelihatkan sangat berpotensi.

The Witcher akan boleh mula distrim di Netflix pada 20 Disember ini. Kesemua lapan episod untuk musim pertama akan dilancarkan secara serentak.

Sumber: Redanian Intelligence

1 komen

  1. Buat kalian yg suka nggame/ para gamers buruan join di qqharian,net
    Kapan lagi main game berpenghasilan šŸ˜‰

JomKomen!