Bulan Mac lalu, CD Projekt Red telah mengumumkan secara rasmi bahawa sebuah game The Witcher baharu sedang dibangunkan.
Disebabkan tiada judul rasmi didedahkan buat masa ini, ramai yang memanggilnya sebagai The Witcher 4.
Dalam pengumuman itu, mereka menggambarkan game baharu itu sebagai “sebuah saga baharu bermula”. Pada ketika itu, ramai berpendapat yang game itu akan menjadi game pertama untuk beberapa game The Witcher baharu lain — dalam satu saga serba baharu.
Terkini, CD Projekt Red telah mengesahkan perkara itu. Ia disahkan dalam laporan kewangan terbaharu syarikat itu, lapor GamesRadar.
“Kami pernah katakan akan ada saga baharu,” kata CEO CDPR, Adam Kiciński. “Tentunya, kita sedang dalam proses pra-produksi untuk game pertama dalam saga ini. Tapi kita sudah fikirkan lebih daripada satu. Saga pertama ada tiga game, jadi sekarang kami sedang fikirkan lebih daripada satu game. Tapi sekarang kami sedang dalam pra-produksi untuk game pertama dalam saga kedua Witcher.”
Game The Witcher baharu itu sedang dibangunkan dalam Unreal Engine 5 dengan kerjasama Epic Games, walau bagaimanapun game itu kelak tidak akan eksklusif untuk Epic Games Store.
I agree with your point of view, your article has given me a lot of help and benefited me a lot. Thanks. Hope you continue to write such excellent articles.