Ya, The Witcher 3: Wild Hunt sudahpun boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series sekarang, namun ia hanyalah versi PS4 dan Xbox One melalui fungsi backward compatibility.
CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa The Witcher 3 versi PS5 dan Xbox Series yang sebenar akan dilancarkan sekitar pertengahan kedua tahun 2021. Walaupun belum berkongsikan butiran lanjut, lazimnya kemaskini untuk konsol generasi terkini akan menampilkan paparan resolusi lebih tinggi, frame-rate lebih stabil dan beberapa penambahbaikan lain.
Kemaskini ini akan dikendalikan oleh Saber Interactive, iaitu studio sama yang membawakan game open-world itu untuk Nintendo Switch tahun lalu.
Comments
Loading…