in , , ,

The Witcher 3 Untuk PS5, Xbox Series X Diumumkan, Naiktaraf Percuma Untuk Pemain PS4, Xbox One

Korang ingat CD Projekt Red sudah selesai dengan The Witcher 3? Ternyata korang silap.

CD Projekt Red telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan The Witcher 3: Wild Hunt untuk versi platform generasi akan datang — menampilkan penambahbaikan dari segi visual dan teknikal. Versi ini akan hadir untuk PC, PS5 dan Xbox Series X.

Lebih menarik, tidak seperti penerbit-penerbit lain yang sudah dikritik hebat oleh peminat, CD Projekt Red akan menawarkan versi generasi akan datang ini secara percuma kepada pemilik sedia ada di PC, PS4 dan Xbox One.

Bagi yang tidak memilikinya pada ketika ini, versi tambahbaik ini akan turut dijual secara berasingan untuk PC, PS5 dan Xbox Series X.

Selain info ini, tiada sebarang butiran lanjut dikongsikan setakat ini seperti apakah syarat dan bagaimana cara untuk menaiktaraf serta tarikh pelancarannya.

Walau bagaimanapun, kami menjangkakan yang program naiktaraf percuma ini akan mengikuti langkah sama seumpama FIFA 21 dan Cyberpunk 2077. Pemain yang memiliki game ini secara digital, maka tiada masalah untuk menaiktaraf ke konsol generasi akan datang secara digital juga. Namun, untuk mereka yang memiliki game ini melalui disk fizikal, mereka memerlukan disk tersebut untuk dimasukkan ke konsol generasi akan datang ketika bermainnya sebagai ‘kunci’ pengesahan.

Bertambah sayanglah para peminat The Witcher 3 kepada CD Projekt Red kerana menawarkan naiktaraf percuma ini.

https://twitter.com/witchergame/status/1301826520311369728?s=20

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
No Straight Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?

No Straight Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?

No Straight Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?

No Straight Roads Berjaya Menjana Keuntungan Dalam Masa Sehari Pelancaran