in , , ,

The Witcher 3 Untuk PS5, Xbox Series Mungkin Akan Gunakan Mod Yang Dicipta Peminat

Bulan lalu, CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa versi konsol generasi terkini, iaitu PS5 dan Xbox Series, untuk The Witcher 3: Wild Hunt akan dilancarkan pada tahun ini.

Apabila versi tersebut hadir kelak, ia kemungkinan akan memasukkan mod yang dicipta oleh peminat dari komuniti PC.

Pencipta mod ‘The Witcher 3 HD Reworked Project‘, Halk Hogan telah mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh CDPR untuk menjalinkan satu kerjasama, lapor Kotaku. Walaupun tidak dapat dipastikan, Hogan menyatakan bahawa mod yang diciptanya mungkin akan digunakan untuk kemaskini rasmi versi konsol generasi terkini game tersebut.

Projek mod beliau itu telah menukar banyak tekstur dalam game asal dengan butiran yang lebih cantik, sesuatu yang mungkin amat sesuai untuk dimasukkan ke dalam kemaskini rasmi itu kelak.

Kotaku turut telah menghubungi CDPR, dan studio berpangkalan di Poland itu sendiri telah mengesahkan yang mereka telah menghubungi beberapa pencipta mod sebagai penambahan kepada usaha-usaha pembangunan sedia ada mereka untuk versi konsol generasi terkini The Witcher 3 akan datang.

CDPR menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian telah ditandatangani dengan pihak ketiga buat masa sekarang.

Menarik untuk kita saksikan sebenarnya apabila pembangun sendiri berminat untuk menggunakan hasil kerja mod ciptaan komuniti pemain dalam kemaskini rasmi game mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Dilaporkan Akan Mula Produksi Model Baharu PS5 Pada 2022

Nier Replicant

Nier Replicant: Boleh Beli or Boleh Blah!?