Menu
in , , , ,

The Witcher 3 Kini Terjual 40 Juta Unit, Cyberpunk 2077 18 Juta Unit

CD Projekt Red telah mengeluarkan laporan mereka untuk tahun 2021. Antara butiran menarik yang dikongsikan adalah jumlah jualan yang telah mereka capai untuk dua game utama mereka.

CDPR telah mengumumkan bahawa jualan The Witcher 3: Wild Hunt telah mencecah 40 juta unit untuk semua platform di seluruh dunia. Bilangan ini sekaligus menyumbang kepada 65 juta unit terjual untuk keseluruhan francais The Witcher terbitan studio dari Poland itu.

Untuk Cyberpunk 2077 pula, walaupun menerima kecaman yang teruk sepanjang tahun lalu, jumlah jualannya boleh dikatakan agak memberangsangkan. Game futuristik open-world itu kini telah terjual sebanyak 18 juta unit.

Korang boleh baca laporan penuh tersebut di pautan ini.

Tentunya kedua-dua game ini akan bertambah jumlah jualannya secara signifikan dalam tahun ini dan seterusnya. The Witcher 3 akan melancarkan versi konsol generasi terkini, walupun waktu pelancarannya telah ditunda. Cyberpunk 2077 juga akan mendapat expansion besar tidak lama lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version